Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Sunday, August 31, 2008

Sunday, 08/31/2008 - MERDEKA!!!


Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!

-----------------------------------
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
-----------------------------------

Malaysia memerlukan kita utk mempertahankan maruahnya..
Malaysia memerlukan kita utk memelihara kedaulatannya..
Malaysia memerlukan kita utk terus menggemilangkannya..
Malaysia memerlukan kita utk terus memajukannya..
"Satu Warisan, Satu Matlamat"
"One Legacy, One Destiny"

Saturday, August 30, 2008

Saturday, 08/30/2008 - letihnye hari ni..

Dear diary..
Assalamualaikum to all readers.
hari ni aku ikut mak ngan kakak aku g shopping..tp aku jadi pengikut je ar..xde beli apa2 pun..hehe, kuar kol 9 pagi td and balik umah kol 1pm, wah...shopping sakan eh.
kakak aku ckp, nnt bulan puasa dh malas nk kuar2 g beli barang, so hari ni beli stok utk sebulan..pastu beli baju melayu utk anwar ngan haziq..tema taun ni kaler oren..haha..ni sumer idea abg aku ar nih. Mak ngan kakak beli tudung, aku lak cuci mata kt ctu, kalo la ada duit lebih..dh aku borong baju cantik2 :P
time2 PMS camni mmg leceh sket nk kuar shopping..balik td letih giler..
kol 3 lebih tertidur atas sofa ngan tudung masih di kepala..hahaha..
skang tgh tgk finding Nemo kt disney channel, erm.....rindunye aku kt b.....walaupun td dh bervideo call tp still rindu..wahhhh gitu..hehe.
oklah, nk solat maghrib jap..cya!

Friday, August 29, 2008

Friday, 08/29/2008 - wo yao ku..

Dear diary..
i'm having PMS..aduh, rasa ruginye sbb Ramadhan dh nk mula..takut x smpt nk rasa 1st day puasa..

ok, ape itu PMS? ni info yg aku amik dari wikipedia:
Premenstrual syndrome (PMS) (sometimes refered to as PMT or Premenstrual Tension) is a collection of physical, psychological, and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle. While most women of child-bearing age (about 80 percent) have some Premenstrual symptoms,[1] women with PMS have symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Such symptoms are usually predictable and occur regularly during the two weeks prior to menses. The symptoms may vanish after the menstrual flow starts, but may continue even after the flow has begun.

Ptg td masa balik dari Autocity, aku dh mula rasa lenguh2 sendi, muscle pain, headache, sakit pinggang + rasa nk demam.. sakit dier hanya Allah saja yg tau, emosi pun rasa terganggu, kjap rasa nk nangis, kjap rasa nk marah..tp aku ni x reti nk marah2, so aku byk diamkan diri..
hmm.....................................................

Thursday, August 28, 2008

Thursday, 08/28/08 - hehe..mood cuti dh dtg...

Dear diary..
dari minggu lps, org2 sekeliling asik citer pasal pilihanraya kecil permatang pauh, kt paper ngan tv pun sama, member2 kt opis ni pun asik tanya soklan2 yg xde kene mengene ngan hidup aku..tanya pasal habuan la (habuan????? hmm...sampai skang aku x phm habuan ape yg dimaksudkan), pasal itu la, ini la..isk isk, xde maknanya..mana la aku tau sume tuh, aku bkn owg sana, agaknye diorang ni sesaja nk tgk aku ni sokong pihak mane kot..haha...


oklah, aku bkn jenis owg yg ske bercerita psl politik, so lets move on to other topic..ehehhee..
hari ni aku happy sgt, sbb esok keje separuh hari je, then cuti sampai isnin..hahhaha...selamat hari merdeka wahai Malaysia..harapan aku semoga kita suma dpt berfikir dgn matang..sematang usia Malaysia yg menjangkau 51 tahun!

Wednesday, August 27, 2008

Tips & Tricks for USB flash drive user..

If you want to prevent viruses that uses autorun.inf to infect your USB flash drive, try to do this:

  1. Open your flash drive via Command Prompt (do this via Start->Run->cmd.exe)

  2. Change your logged drive to your USB flash drive (e.g. if your drive is at drive E: then type E: on the command prompt then press enter)

    Note: Before doing this you need to make sure your USB flash drive is clean:
    Clean the virus left over if any:
    Type -> ATTRIB -H -R -S AUTORUN.INF then press enter
    Type -> DEL AUTORUN.INF then press enter


  3. Create a folder named: AUTORUN.INF on the root directory of your flash drive. (to do this type the command: MD\AUTORUN.INF). If an error: a subdirectory already exists… shows, try to follow the instruction above to remove existing autorun.inf before doing this instruction.

The reason why this will avoid future infection is that autorun.inf viruses usually generates a file autorun.inf. Having an AUTORUN.INF folder on the root directory of your drives will make virus programs unable to create their own autorun.inf file, virus can’t even overwrite it because it’s a folder and not a file.

Doa malaikat Jibril menjelang bulan Ramadhan, benarkah ia wujud?

dear readers..
just for sharing, artikel dia leh didapati disini
aku pun byk dpt emel2 yg mcm ni since last year & penah letak kt blog last week..
hari ni br aku dpt tahu yg hadith ni lom dpt dipastikan kesahihannya...

moral of the story:
sblm publish apa2 yg berkaitan ngan hadith especially yg berkaitan ngan Nabi Muhammad SAW, pastikan dulu kesahihannya, rujuk dulu ngan alim ulama'..

Sunday, August 24, 2008

Countdown to Merdeka 2008

Sunday, 08/24/2008

Dear diary..
assalamu'alaikum readers..slmt ari minggu..
hari2 cuti camni, ramai yg buat kenduri kesyukuran + sambut puasa..
rasanya minggu dpn lagi byk kenduri yg sama akan diadakan..apa lagi, mkn free ar..hehe.
bln puasa is just around the corner, tinggal kurang dari 7 hari lagi dari sekarang, so for gals, dh abis ganti puasa lom? soalan klise je eh..hehe. Mmg klise sket tp just nk igtkan sesama sendiri..kalo x kene bayar fidyah tu..
pernah gak terfikir, bleh ke aku berjimat masa bulan puasa ni? bleh simpan duit ke? sbb kan xyah breakfast & lunch, so duit tu leh simpan dlm tabung..hehe..ye ke?? hmm...ye la tuh, mase nk beli juadah berbuka tu x igt dah, rasanya kos dier berganda dari kos sarapan + lunch. itu yg selalu terjadi dlm tahun2 yg lpas..haha..so utk Ramadhan tahun ni, aku akn berjimat, aku berazam akan simpan duit walaupun sikit..insyaAllah.


apapun, harapan aku semoga ibadah puasa tahun ni lebih berkualiti dari apa yg aku buat tahun lepas, and same goes to u all..

Hakikat Lelaki & Wanita

  1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
  5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
  6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
  8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
  9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
  10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
  16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
  19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
  21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
  22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
  23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
  30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Friday, August 22, 2008

Bacaan Asas 10 Pertama & Rangkaian Zikir

good info taken from virtualfriends.net...enjoy reading ya..
selamat beramal (^-^)

Friday, 08/22/2008 - cantik? pentingkah?

Dear diary..
Assalamualaikum readers, hehe..sedar x sedar dh jumaat..cpt btol masa berlalu..
aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang utk hidup for today, insyaAllah, akan ku pergunakan sebaik2nya waktu yg amat berharga ni..
kadangkala, aku terlalu obsess utk jadi cantik, aku selalu mempersoalkan kenapa aku x cantik..
tp kenapa aku x pernah obsess utk jadi wanita solehah..hmm...sebetulnya aku perlu mempersoalkan kenapa aku x boleh jadi muslimah yg baik..itu yg perlu aku btulkan...
x mengapa kalau x cantik, Allah dh jadikan aku sebaik2 kejadian..aku perlu bersyukur.
apa yg perlu aku cantikkan ialah akhlakku, solatku, amalanku..itu yg perlu diutamakan..
jika aku cantik, mungkin aku dh lupa diri, mungkin aku dh hanyut dlm keseronokan dunia..
Na'udzubillah..x sanggup aku..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat..

mak aku penah ckp: seorang lelaki yg btol2 cintai kita tidak akan kisah ttg kecantikkan luaran..apa yg penting, kecantikan dalaman..so walau jauh mana pun kita pergi, jaga kehormatan, jaga akhlak, jaga agama..sbb hanya itulah aset yg kita ada sebagai manusia..

from now on, aku akan betulkan niat..aku akan berusaha jadi muslimah yg solehah..wajah x cantik pun xpe, janji hati mau cantik..
to all readers, selamat bekerja ya..semoga hari ni lebih baik dari semalam..




to my loved one, good luck on your interview ya, tenangkan diri, lapangkan dada, tawakkal and jia you! Do your best and let Allah do the rest ( " , )

Thursday, August 21, 2008

Thursday, 08/21/2008 - Huhuhu..

Dear diary..
smlm x dpt sembang lama ngan b, so bile bgn pagi td rasa rindu sgt2..
walaubagaimanapun, rindu tu terubat gak bile dpt dengar suara b sblm g safety training td.. hmm..hari ni ada yg best, ada yg unik & ada yg x best..
yg bestnya, aku dpt sembang ngan b.. )^o^(
yg uniknya, arini byk btol aktiviti2 aku yg related to safety,
pagi g safety training, ptg lak g safety meeting.. (^-^)
yg x bestnya, berita psl loan aku..huhuhu.. (T_T)

Orang yg mencintai kamu...

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.


Adakah org yg berada disisimu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada, jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Wednesday, August 20, 2008

Wednesday, 08/20/2008 - (,'_',)

Dear diary..
hari ni dpt gaji, tp lpas tolak itu, tolak ini, huhu...
cam nk nangis je tgk balance..
huhu..kesiannye kt aku ...uwaaaaaaaaaaaaa.. (ToT)

Managers V/S Engineers

hahaha...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Group of Managers were given the assignment to measure the height of flagpole. So the Managers go out to the flagpole with ladder and tape measures.They're falling off the ladders, dropping the tape measures the whole thing is just a mess.An Engineer comes along and sees what they're trying to do, walks over, pulls the flagpole out of the ground,lays it flat, measures it from end to end, gives the measurement to one of the managers and walks away.After the Engineer has gone, one manager turns to another and laughs. "Isn't that just like an engineer! We're looking for height and he gives the length!"

Moral: No matter how good you do, Managers can always find fault in Engineers.

Now do you want to be a manager or engineer????

Deep Vein Thrombosis (DVT)

For those who fly quite often, I am sure you must have heard of this “economy class syndrome”. Deep-vein thrombosis (also known as deep-venous thrombosis or DVT and colloquially as economy class syndrome) is the formation of a blood clot ("thrombus") in a deep vein.
Blood clotting provides us with essential protection against severe loss of blood from an injury to a vein or artery. However, blood is only supposed to clot when it is outside a blood vessel, and clotting within an artery, or vein, can be dangerous. A deep vein thrombosis (DVT) occurs when a blood clot forms in a vein. The DVT usually forms in a deep leg vein, and can cause immobility (lack of movement). Deep leg veins are the larger veins that run through the muscles of the calf and thigh. A DVT can form across all, or part, of the width of your vein, which can block your blood flow either completely or partially.
Some of the risk factors include advanced age, obesity, infection, immobilization, use of combined (estrogen-containing) forms of hormonal contraception, tobacco usage and air travel ("economy class syndrome", a combination of immobility and relative dehydration).

PREVENTION
Smoking and diet
Smoking and being overweight increase your risk of developing a DVT. Giving up smoking and trying to lose weight through a sensible diet and regular exercise will help prevent you from getting a DVT


Tips for traveling
If you are at risk of getting a DVT, or have had a DVT previously, you should consult your GP before embarking on long distance travel. During long distance travel (journeys of six hours or more), particularly during long-haul flights, ensure that you:
- drink plenty of water,
- avoid excessive alcohol as it can lead to dehydration,
- avoid taking sleeping pills as it can cause immobility,
- perform simple leg exercises, such as regularly flexing your ankles. Most airlines provide information on suitable exercises to do during your flight,
- take occasional short walks, when in-flight advice suggests it is safe to do so, Walking activates the body's muscle pumps, increasing venous velocity and preventing stasis.
- take advantage of refueling stopovers where it may be possible to get off the plane and walk about, and
- wear elastic compression stockings.

source: Dr Edward Nathan, Preventive Health SpecialistMBBS(Vellore) MPH(Loma Linda)

edwardnathan@pah.com.my

Tuesday, August 19, 2008

Tuesday, 08/19/2008 - i'm sick!


Dear diary,
aku kene diarrhea + fever ari ni, salah mkn kot mlm td, awal pagi td dh bangun berkali2 ke toilet, sampai dh xde mende dh nk buang, huhu..nk mkn pun dah fobia.
i'm dehydrated and tired..
tp sakit pun jadi x sakit bile dah dengar suara yg tersayang pagi td..hehehe..
i love u, dear!

Monday, August 18, 2008

Monday, 08/18/2008 - Takzirah isnin..

Hikmah Berdiam Diri
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )

Sunday, August 17, 2008

Sunday, 08/17/2008

Dear diary..
assalamualaikum readers sekalian..
hari ni hari minggu, x byk aktiviti yg aku buat ari ni melainkan attend kenduri kawin..hehe.
kol 1 td aku g kenduri kt umah wati, bukan kenduwi dier tp abang dier..aku malas nk pakai baju yg colorful so aku just pakai baju kurung hitam ngan tudung coklat..mekap pun x..simple giler..
bila sampai je, alamak, nk parking kt ne nih, penuh ar..xkan nk parking dpn umah owg, hmm..pusing 2 kali br dpt parking..pastu aku trus masuk umah cari wati dulu..mase tu pengantin dh sampai, dh abis mkn pun..
pengantin mmg sepadan, mcm pinang dibelah dua, berpakaian songket warna merah tua, dan sumer anggota keluarga diorang sedondon kaler merah..hehe..
oleh sbb aku dtg sowang, and diorang buat mkn hidang, so aku kene ar cari owg bg cukup korum..mula2 tu ada member wati 2 org, then lpas tu mase cari meja, jumpa lak geng bowling aku, champ ngan member dier..so member wati join diorang mkn, then aku leh? huhu..xde partner gak.. ape lagi, aku swh wati mkn skali ngan aku..makan mmg best, ade ayam masak merah, jelatah, pesamah daging, gulai daging, air sirap & buah oren. x smpt nk amik pic hidangan sbb lapo sgt, sampai2 je trus makan..hehe. lpas mkn and borak2, aku masuk dlm umah tgk pelamin & bilik tido, wati ckp diorang wat simple je pelamin tu, just utk amik gambar, diorang xnak sanding..erm, ok gak ar..bg aku, less is more, right?
bilik tido lak kaler kuning...mmg simple ar kali ni, masa wani kawin dulu mmg meriah giler tp kali ni mmg cukup sederhana, oh ya, lupe nk gtau, wani tu kakak kembar wati, member skolah aku gak..
lpas sessi bergambar, aku lepak jap sembang2 ngan wati, tanya pasal cite terkini..hehe..borak sampai kol 3 lbh then aku pun mintak diri utk balik..
secara keseluruhan, aku puas ati ngan suasana kenduri umah wati, 1st sbb buat mkn hidang, aku mmg ske mkn mcm ni daripada buffet, 2nd, layanan sume ahli keluarga mmg tip top, maybe sbb aku mmg kenal benar ngan family ni, and lastly, lauk sume sedap..ahhahaha..
oklah, nk layan zombi kampung pisang jap, ske beno aku nengok cite ni walaupun dh berpuluh2 kali kuar kt astro..
okes, peace on earth..
wassalam.

Saturday, August 16, 2008

Saturday, 08/16/2008 - ( " ,)

Dear diary..
td lps masuk waktu maghrib, bermulalah hari Nisfu Sya'aban (15 Sya'aban), esok igt nk puasa tp byk lak jemputan kenduri..huhu..kenduri umah best fren lak tu, serba salah aku..

ok, nk crite perjalanan hidup aku hari ni..
pagi ni aku bgn cam biasa..kemas bilik, cari stokin yg hilang, kemas itu, kemas ini & sembang ngan b jap, ari ni x masak sbb ade kenduwi, so mlm br masak, itu pun kalo lapar lagi..sebenonye aku pun x brape kenal pengantin baru yg merangkap 2 pupu aku ni, umah pun x penah g, dan masalahnye lagi, diorang jmpt melalui phone je, kad pun xde, so susah sket ar nk cari umah..yg aku tau kenduri tu kt tmn ria..hmm..agak familiar tmn tuh. niat di hati nk g awal sane awal sket, tp memandangkan hujan agak lebat and nk tunggu abg aku balik keje dulu, so relax jap kt umah. dlm kol 2 abg aku call, dier still kt penang & akan lambat sbb jln jammed giler..hadoi..susahnye camni, then aku call uncle aku tanyakan direction, tp mcm susah je jln dier..huhu..then mak aku ckp, xpelah..jom try g cari dulu..kalo x jumpa kita balik, so kitorang pun bertolak dlm kol 3.30pm. kakak aku yg drive sbb dier x ske cara aku drive, huhu...masalahnye lak, kakak aku ni jenis yg x igt jln..nk g sg petani pun x confident, so aku ar jadi co-pilot kt sblh. cari punya cari..jumpa satu tmn ria..hmm..uncle aku ckp, mula2 akn jumpa masjid dulu, pastu jumpa sekolah menengah tmn ria jaya..
hmm..masjid dh jumpa..tp btol ke masjid ni...tmn yg aku jumpe tu tmn ria indah, bukan taman ria jaya..hadoi..pening dh. then drive dpn sket jumpe kedai2, so aku g tanya uncle tuh, hehe..dier kate, why u nak pegi skolah tu, ari ni sabtu, cuti..hahahhaa...aku bkn nk g skolah tu, aku nk g umah kenduri yg kt depan skolah tu..haha..lawak ar tauke tuh..aku pun explain ar kt dier..then dier ckp, u pegi depan lagi..sana ada traffic light, u turn left..lpas tu u jln terus saja....then u tanya org kt situ, cos i pun x sure sekolah tu kt mana..hahaha..adoi..sabo je la. okes, thanks uncle..kire menolong gak ar walaupun lawak..hahaha.
kitorang pun truskan perjalanan..lapo bagai nk gile dh, umah x jumpe lagik..uwaa..
drive punya drive..jumpa kelab cinta sayang...pastu trus lagi jumpa The Carnival..lor...camne nih, aku call uncle aku lagik, pastu dier ckp..looor...sape swh g sampai ujung sana..hehe..sblm sampai kelab cinta sayang tu ade simpang ke kanan..papan iklan besar gambar sultan kedah..kene masuk simpang tu..br akan jumpa masjid baru, then masuk kiri, pastu kt sblh kanan akan nmpk sekolah tu..umah pengantin btol2 dpn skolah...
hahaha...dh terlajak..so wat u-turn..kol 5 baru jumpe nasi kenduri..hahahah..
lpas mkn, sembang2..then kol 5.45 ptg aku bg signal ajak mak balik..bkn ape, takut terlewat lak nnt..x smpt nk sembang lelama ngan sedara2..huhu..xpe, raya nnt bleh lagi, insyaAllah.
tepat jam 6.35ptg, kami sefamily selamat sampai ke tmn selasih..
penat..tp best, sbb makan sedap..hehe.
lpas solat maghrib, baca yasin, then sambung solat isyak..pastu layan astro jap..
skang ni tgh tgk mcm-mcm aznil..geli buah pinggang aku gelak..wahhahahha...lawak tahap mentibang tuu..
oklah, sampai sini dulu, esok aku tulis lagi eh..
daa...
wassalam.

Friday, August 15, 2008

Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum w.b.t...
Untuk makluman semua...Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008 (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H). Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
sahaja masuk maghrib)

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat. Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban adalah sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu berkata: "Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan pintu langit."
Di dalam kitab Iq'na juga telah dinyatakan bahawa Jibrail bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibrail kepada Rasullullah S.A.W. kali keduanya, dan berkata: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu. Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.
Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.
1. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.
2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis kerana takutkan Allah pada malam ini.
6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.
8. Dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya?
Aku bertanya pada Jibrail, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) ? Maka jawab Jibrail: Sehingga naik fajar subuh.
Dan katanya lagi, pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab. (Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya."
Sabdanya lagi: "Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya."
Allah S.W.T pula telah berfirman: "Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya. Demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh."
Tersebut dalam kitab Al-Baroka bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa pada hari Nisfu Syaaban.

Doa Malam Nisfu Syaaban.
ERTINYA: Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia.
Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya: "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, sabtu malam)
i) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
a) Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
b) Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik... . Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x , Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

Friday, 08/15/2008 - arghhhh!

Dear diary..
this morning i pissed off with someone..he oledi made my blood go upstairs...
i never seen such an irresposible person + rude + selfish person like him..
he did a mistake but he put the blame on me, and when everything was revealed, he refused to admit it..and pretended like nothing happened..
haiszz...i dun wanna help him anymore.....ever!
Arghhhh!!!

Thursday, August 14, 2008

Thursday, 08/14/2008 - Wahhh..

Haha..got this from a fren..
quite true oso hor...

















Wednesday, August 13, 2008

Good info..


Are you drinking the right tea?
1. People who use their 'brain' to work or students who study hard day and night.
--- Should drink more Chrysanthemum Tea.
2. People who need a lot of body energy to work or those people who exercise a lot everyday.
--- Should drink Wu Loong Tea.
3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.
--- Should drink Green Tea.
4. For people who like to sit down all day long and not do anything, even exercising
--- Must drink Green Tea and Flower Tea.
5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.
--- Should drink more Green Tea.
6. Carnnivore ( i.e. people who must eat meat at least once a day, or feel sickly)
--- Try to drink some Wu Loong Tea.
7. People who go to the washroom too often or not often enough.
--- Should drink more Honey Tea
8. People with high cholesterol and high blood pressure.
--- Wu Loong Tea, Green Tea.
9. Those who work with computers everyday.
--- Need to drink a Lot of Tea (any tea will do).
Whenever you are working with the computer, you should make some tea, drink it when you are free. Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer). Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our body feel fresh again.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SOYA BEAN All of us know that soyabean drink provides good protein to our body... but many of us don't know that there are certain days we should avoid drinking it. Soya bean drinks are best consumed on hot sunny days when the sun is strong. The soya milk will give lots of nutrients to the body as the body is able to absorb the protein well. However, avoid the drink when the weather is cloudy or raining. Taking the dr ink in these weather, the body will not be able to take in the protein and will result in a disease called 'GOUT' or 'high acidic urine' due to the high protein residue in the body, after a long run. This disease will cause pain to your knee joints and it will only be in control when you control your food intake of proteins and medication. The pain is unbearable and usually you will have no idea what you have taken to cause the pain. Food like soya beans, ikan bilis, broccoli, spinach, peanuts, &n bsp;animal organs ( i.e. pork liver) etc will have to be avoided to prevent the pain from attacking. So my friend, pass this to your family, relatives and friends to keep an alert on the pros and cons of soya bean milk and when it is to be taken and to be avoided.

info from a fren...

I just found this out about a month ago and I've been an organic vegan for over four years, go figure. That just goes to say that we must all remain as students and continue to learn and learn - never stop studying and gaining new information. Okay, so what did I learn? I learned that sticker labels on the fruits actually tell you how the fruits have been grown - whether they were organically grown or conventionally grown with pesticides and herbicides; oh, and let's not forget about the genetically engineered fruits..

Conventional Fruit Labels
Four digits and does not start with 9 ** mostly starting with the digit 4

Organic Fruit Labels
Five digits and starts with number 9

Genetically Modified Fruits
Start with the digit 8** this is good to know because stores aren't obligated to tell you if a fruit has been genetically modified (grrr….)

Tuesday, August 12, 2008

Love..


Dear diary..

If I could have just one wish,I would wish to wake up everyday to the sound of your breath on my neck,the warmth of your lips on my cheek,the touch of your fingers on my skin,and the feel of your heart beating with mine...Knowing that I could never find that feeling with anyone other than you.
- Courtney Kuchta-
A Friend's Love says: " If you ever need anything,I'll be there."
True Love says: " You'll never need anything;I'll be there."
- Jimi Hollemans -

Tuesday, 08/12/2008





Monday, August 11, 2008

Monday, 08/11/2008 - sayu...rindu..

malam... terdengar sepantun lagu.. irama di malam syahdu.. gaya nada rindu...

Dear diary..
lpas sembang ngan b td..masa tgh lepak2 ngan kakak ngan mak, tetiba teringat kt arwah abah..time2 sukan olimpik camni aku selalu lepak ngan abah...especially time tgk badminton, soccer, and snooker or pool...

then aku terkenang arwah abah..
dh masuk thn ke 4 abah xde...
xkan ku lupa tanggal 27 feb 2004..
air mataku x pernah kering dari pipi pada hari tu..
rasa mcm br smlm abah pergi tinggalkan aku..
huhu.........rindunye aku kt arwah abah...
sayu n sebak rasa ati..
and my tears drop again..

Sunday, August 10, 2008

Sunday, 08/10/2008 - cont..

Dear diary..
hehe..t/hari td aku ade received surat dari SPA..
panggilan temuduga on sept 5th 2008..wah wah..bulan puasa tuh..
tp masalahnye aku dh tersalah apply position..
yg aku g apply pegawai imigresen gred KP17 tu sape suwuh..
huhu..kalo KP27 ok ar gaks...
erm..tp xpelah, g je le...mane tau leh ejas ngan diorang..hehe..

Sunday, 08/10/2008

Dear diary..
pagi ni aku bgn dengan segar bugar..dh x demam lagi..
i just realized that PMS mmg btol2 dah menghuru-harakan fikiran aku recently..
hehe..sabo je la..
from now on, aku xmo fikir yg bukan2 lagi..
hmmmmmmm..
tetibe je aku rindu kt arwah abah..huhu.

Saturday, August 9, 2008

Saturday, 08/09/08

Dear diary..
2-3 hari ni aku noticed something, aku cpt tersentuh hati..
begitu sensitif..asik rasa nk nangis je..
and i feel quite uncomfortable these days..
wujudnya satu perasaan yg membuatkan aku berfikir...
hmm..aku mmg banyak berfikir recently....
apa yg aku fikir? biarlah rahsia..
hanya Allah saja yg tau..

(._.)

Friday, August 8, 2008

Friday, 08/08/2008 - (._.)

Dear diary..
i was having high fever again this morning..
x tau la nape aku selalu je demam recently..
sakit pinggang pun dtg balik..dh lama x rasa sakit camni..
pening kepala & sakit2 badan tu xyah ckp ar..
hmmmm..................................
aku ada byk impian..
aku nk jadi wanita solehah..
aku nk langsaikan suma hutang2 aku..
aku nk kongsi hidup ngan buah ati aku...
aku teringin nk bina keluarga bahagia dgn org yg aku syg..
aku nk tunaikan rukun islam ke 5..
aku teringin nk kelilingi dunia..
aku nk berjaya sbgai wanita, sebagai isteri dan sebagai ibu..
tapi....sempatkah aku??
Ya Allah, ampunilah segala dosa2ku..

Thursday, August 7, 2008

Ambillah waktu untuk...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Thursday, 08/07/08


Dear diary..
smlm x smpt nk update blog..lgpun x byk mende yg berlaku yesterday.
ari ni..08/07/08..bgn pagi td dh rasa x sihat, but aku still g keje..breakfast kol 8.10am, mkn meehun sup je, rasa segar sgt sbb minum sup panas pepagi..
biasa ar sup aku, sejernih salju..hahaha..xde campur ape2 sbb aku xleh mkn pedas..
dlm kol 9 lebih dh rasa lain mcm, mane dgn air cond yg sejuk giler..dh mcm kt north pole lak, kaki pun dh ngeletar, huhu..demam agak tinggi, so aku ckp ngan kakak nk balik during lunch time, mintak tlg dier antarkan sbb aku carpool ngan dier, kalo aku drive ari ni dh lama aku balik...
sambil2 wat keje, aku call skynet utk tanya pasal package delivery ke Berjaya Hills..huhu..sabo je la, package tu dh sampai kt Bentong on yesterday, 9.15am, then diorang ckp xleh deliver yesterday cos their driver was on MC, aku actually hangin gak cos yg jawab tipon tu x phm ckp aku..even aku speaking english pun dier x phm...rasanya mamat ni bkn owg m'sia..hadoiyai..mmg menguji kesabaran ar..
bile aku call ari ni, diorang ckp bleh anta before 1pm. so aku pun ok ar...kol 11 camtu aku call lagi, but this time aku call customer service line, tetibe diorang ckp xleh anta ari ni lak sbb delivery ke tmpt tu just 2 kali je sehari, and diorang 'terlepas pandang' package aku tuh..so esok pagi je leh anta.. "WHATTTT?????!!!!" hadoiii..mmg rasa panas je muka & telinga biler dgr reason yg camtu..then aku mula nk tinggi suara..aku ckp package ni mesti sampai kt berjaya hills b4 5pm. Bknnye x kasi tau yg mende tu urgent..dlm official website tu beriye2 letak mission - Providing "Fast, Accurate & Reliable" (FAR) Express Service To Our Clients Everywhere On Earth..yeah right!!
Kol 12.30 aku pack brg2 nk balik, mase dlm keter, diorang call ckp package ni akn dihantar mcm yg dijanjikan..then aku swh diorng keep updating the status from time to time sbb package ni super urgent.
Huhu..hangin je aku mase otw balik umah td..
sampai umah, lpas mkn ubat, aku tido dari kol 3pm sampai kol 4.30ptg td..
Then dlm kol 5 lebih owg skynet call ckp diorang dh settlekan ngan b, so b akn g collect kt Bentong sbb kalo nk tunggu diorang antar, maybe dlm kol 7 br sampai..lor..pulak....kater nk antar sblm kol 5...huhu..bknnye x bayar service charge, last2 kene g amik sendiri..cian b..
hari ni mmg tinggi gak ar blood pressure aku rasanya..asik marah owg je..
hehe..bgn tido td mcm di awangan je, skang ni pun ade mamai sket, biasa ar, mabuk ubat..hehe..now alhamdulillah, demam dh reda..td ber'vcall' ngan b, he was at bentong, kt ctu ade 3G, ahhaha..panic aku, kelam kabut aku g pakai tudung..wahhaha..terubat rindu aku..caaayannngggggg b sgt2, muahhs!

Tuesday, August 5, 2008

Pesanan dari teman..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...

Monday, August 4, 2008

Monday, 08/04/2008

Dear diary..
i just back from KL, smlm naik keretapi kt sg buluh kol 9.12 mlm, sampai Butterworth dlm kol 5.50 pagi. Huhu..penatnye, tp aku lebih rela naik keretapi dari naik bas..lebih selesa & selamat rasanya.
Hmm..x puas rasanya g sana 2 hari je, x smpt nk abiskan masa ngan b & kwn aku.
aku just spend 8 jam ngan b on saturday & another 8 hrs on sunday..haha..8 jam sehari pun x puas eh..hehe..tamaknye aku. Tp itu ar, x smpt nk g sume tmpt best kt KL ngan b..masa singkat sgt..huhu..tp apa yg penting, aku berpeluang g Berjaya Hills kt Bukit Tinggi tgk tmpt b keje, dan aku dpt spent masa yg berkualiti ngan b dgn perasaan happy & blissful walaupun x lama..and i'll remember that forever.
Really sorry to intan, aku just smpt breakfast ngan dier je on sunday..then g pusing2 sogo kejap ngan dier, xpe, nnt kalo ade chance, aku g lagi, and this time, aku akn spend masa ngan intan lama sket..insyaAllah, hehe.

Friday, August 1, 2008

Friday, 08/01/2008 - Hepi Bday Mom!

Dear diary..
Salam jumaat buat sumer, today is my mom's birthday..hahah..gumbiranya aku.
Hajat dihati nk masak nasi beriyani, tp memandangkan bahan2nya susah nk cari, so aku tuko resipi, buat nasi ayam madu..
dan alhamdulillah, berjaya gak aku masak ari ni..hehe.
Jap g nk pack brg2 dlm bag, sok pagi kol 9.45 aku bertolak ke KL naik Plusliner, tiket dh beli 2 hari lpas.
Hehehehe....bestnye dpt jumpa buah ati.. :D:D