Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Thursday, January 29, 2009

Mangkuk haid

info taken from Kosmo..
amacam, ada berani??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh ZAMRI RAMBLI
zamri.rambli@kosmo.com.my

Inovasi paling mengkagumkan abad ini, Instead Softcup memberikan wanita erti kebebasan sebenar ketika haid.


INSTEAD Softcup adalah generasi baru produk perlindungan wanita semasa menstrual.

MEMANG terasa sangat janggal. Berbicara tentang barang keperluan wanita dengan hampir majoriti penulis kesihatan yang datang pada majlis itu adalah wanita. Tetapi apabila satu demi satu keunikan, kebaikan dan yang lebih penting kebebasan dalam erti kata sebenar untuk wanita ketika haid, maka rasa janggal itu bertukar kepada ingin tahu.
Ia diuar-uar lebih baik, lebih bersih dan lebih hebat daripada tampon dan tuala wanita. Instead Softcup merupakan generasi terbaru produk perlindungan ketika haid.
Tatkala rupa Instead Softcup dipertontonkan kepada hadirin semasa pelancaran produk terbaru daripada Innovative Healthcare Product Sdn. Bhd. bukan sedikit wajah yang yang menunjukkan rasa terkejut atau mungkin juga gerun.

Cuba memahami situasi itu, Instead Softcup yang diedarkan di kalangan wartawan dipegang dan diamati dari dekat. Leher alat seperti mangkuk ini memang agak keras. "Bagaimana ia digunakan? Tidak sakitkah ketika mengenakan alat ini? Tidakkah wanita muda akan kehilangan dara apabila alat ini dimasukkan melalui faraj?" itu antara persoalan yang terlintas.
Tiga panel dijemput untuk berkongsi pengetahuan tentang inovasi produk itu terdiri daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Kesihatan Seksual Sedunia, Dr. Beverly Whipple, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Abdul Aziz dan pelakon antarabangsa merangkap penari, model serta pelukis, Angela Shelton.
Sebelum semua persoalan tersebut dijawab, Whipple menjelaskan mengapa Instead Softcup lebih selamat.
"Instead Softcup telah terjual sebanyak 100 juta unit sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) sejak sedekad lalu. Penyerapan tuala wanita dan tampon yang tinggi tidak semestinya lebih baik untuk wanita."
"Tuala wanita diperbuat daripada kapas atau rayon. Ia mempunyai dioksin yang dipercayai menjadi punca kepada penyakit tertentu. Sementara tampon pula yang diletakkan dalam faraj dan menyerap haid berisiko untuk menyebabkan masalah kesihatan seperti simdrom kejutan tosik," ujar Whipple yang juga Prof. Emeritus di Rutgers University , AS.

Instead Softcup diperbuat daripada bahan dipanggil polietilen dan minyak mineral bebas lateks tanpa alahan, bebas toksid, keradangan dan mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) AS.
"Kajian makmal menunjukkan Instead Softcup tidak merangsang pertumbuhan bakteria yang berkaitan dengan sindrom kejutan tosik kerana ia direka untuk digunakan pada bahagian dalaman tanpa serat dan tidak menyerap," kata Whipple. Beliau yang berpengalaman lebih 22 tahun dan puluhan hasil penulisan, tidak mencadangkan produk itu tanpa kajian dan bukti kukuh.
Malah, katanya, dengan Instead Softcup wanita akan mengecapi erti kebebasan sebenar semasa haid. "Pernahkah anda terfikir untuk berenang, mendaki atau berbasikal lasak semasa haid. Dengan Instead Softcup ia adalah realiti," katanya.

Shelton yang menjadi pengguna setia Instead Softcup sejak lapan tahun lalu sempat mencelah, "Sebagai wanita aktif saya mengembara ke seluruh dunia dan melakukan pelbagai aktiviti. Saya beralih kepada Instead Softcup selepas seorang rakan saya diserang sindrom kejutan tosik.
"Apa yang menarik generasi baru perlindungan menstrual wanita ini menawarkan lebih daripada kebersihan dan keselamatan. Bayangkan saya boleh berenang ketika haid. Yang pasti, dengan Instead Softcup anda tidak akan pernah kebocoran."
Teruja dengan perhatian penonton termasuk pengacara majlis itu, bekas ratu cantik Malaysia, Lina Teoh, Whiplle bangun untuk menunjukkan cara penggunaan Instead Softcup menerusi anatomi demonstrasi.
"Sebelum menggunakan Instead Softcup, basuh tangan terlebih dahulu. Adalah lebih baik untuk anda berada pada posisi mencangkung atau duduk (di tandas contohnya) dengan lutut menghala ke depan.
"Pada posisi ini, saluran faraj anda dalam keadaan melintang. Untuk memasukkan alat ini, pegang ia secara teliti agar bahagian bekas takungan darah haid menghala ke bawah. Kemudian picit leher gelang Instead Softcup sehingga rapat," ujarnya sambil melakukan demonstrasi.
Seterusnya ujar Whipple perlahan-lahan tolak mangkuk itu menerusi saluran faraj. Ia akan berada dalam keadaan rehat secara natural pada bahagian betul-betul di bawah serviks di belakang tulang pubik.
Tambah Whiplle, jangan tolak mangkuk Instead Softcup ke atas (biar ia dalam keadaan mendatar) kerana ia akan berhenti sebagai berada di depan serviks.
Akui Shelton, sama seperti kebanyakan wanita beliau juga agak takut untuk menggunakan Instead Softcup pada awalnya. "Sesiapa pun mungkin akan rasa ragu-ragu. Sebenarnya anda hanya perlu rileks dan ikut arahan. Kemudian anda akan tidak terasa seperti ada sesuatu pada bahagian itu. Yang pasti, saya tidak akan kembali lagi kepada tampon," ujar wanita itu yang juga pernah menjadi pengarah filem.
Dalam pada itu, Abdul Aziz memberitahu, dengan adanya Instead Softcup di Malaysia, wanita negara ini mempunyai pilihan untuk produk yang membolehkan mereka meneruskan aktiviti harian tanpa sebarang gangguan semasa haid.
Instead Softcup dicadangkan pemakaiannya untuk 12 jam. Selepas tempoh itu, gunakan jari dengan perlahan-lahan tarik gelang mangkuk alat itu sebelum dibuang.
Inovasi terbaru untuk wanita ini akan dipasarkan di farmasi dan kedai serbaneka pada harga RM19.90 sekotak yang mempunyai lima keping mangkuk Instead Softcup.

Wednesday, January 28, 2009

Alhamdulillah..

Sedar x sedar, aku tlh melangkah ke usia 30-an.
Bersyukur aku kehadrat Allah SWT kerana dgn izinNya, aku tlh diberi peluang utk hidup sehingga ke saat ini.
Terima kasih kepada semua yg mendoakan kesejahteraan hidupku. Semoga aku dpt dijodohkan dgn yg tersayang, semoga aku dapat memperbaiki segala kelemahanku, semoga semua owg yg aku sayang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga aku diberi kesempatan oleh Yg Maha Esa utk merasai nikmat berkeluarga, semoga aku diberi kematangan dan kebijaksanaan dlm menempuh hidup yg mendatang, semoga aku berjaya dunia dan akhirat, semoga aku dapat menjadi seorang muslimah, seorang anak, dan insyaAllah seorang isteri dan ibu yg solehah..aamiiin.

Wednesday, January 21, 2009

dalam meniti usia..

Aku sedar, kadang2 aku bersikap kebudak-budakan, kadang2 aku terlalu pendiam, kadang2 aku terlalu pelupa, cuai dan sebagainya, tapi demi Allah, aku bukan sengaja, aku juga manusia biasa, dan aku sedang berusaha utk berubah..percayalah.

Tuesday, January 20, 2009

Suka, Sayang dan Cinta..

kadang- kadang bila difikir balik apa sebenarnya erti suka sayang dan cinta.
adakah ia semuanya sama dari segi pengertiannya
jadi kalau tak sama apakah sebenarnya ia
sebenarnya kalau kita selidiki dengan teliti
setiap perkataaan ini ada pengertian dan keistimewaannya tersendiri.
suka tak membawa maksud kita sayang, sayang pulak tak bermaksud kita cinta.
suka membawa pengertian yang sangat luas yang berkaitan dengan persekitaran kita, kita takkan terluka kalau kehilangan benda yang kita suka
sayang pula menunjukkan perasaaan kita terhadap sesuatu hubungan yang terjalin,
sayang pada ibu bapa,keluarga cikgu ,rakan- rakan dan juga pasangan kita
yang lebih penting kita juga perlu sayang kepada diri sendiri dan jangan sampai terlalu sayangkan benda lain kita sendiri yang terluka akhirnya.
jadi apa pula definisi cinta ... ... ... ... ..
cinta sebenarnya sesuatu yang universal yang tidak terhad kepada sesuatu benda sahaja
cinta pada harta, cinta pada dunia, tak terkeculi cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita terhadap lelaki jua.
tak salah jkakita bercinta
sudah menjadi lumrah setiap manusia
ingin di cinta dan menyinta
tapi perjalanan cinta bukanlah sentiasa indah belaka
ada masanya teruji juga
sehingga kadang- kadang menimbulkan persoalan
kenapa bercinta
kalau kesudahannya bukan seperti yang dipinta
itulah yang dikatakan perjalanan cinta sebenarnya
tapi cinta yang paling utama adalah cinta kepada Yang Maha Pencipta
kerana hanya kerana Dialah kita dapat mengenali apa itu suka, sayang dan cinta yang sebenar- benarnya.

- taken from VF.

Saturday, January 17, 2009

Bila sampai Ipoh..

Satu hari, sorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.
Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "dah sampai Ipoh ke belom?"
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab..
"Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. dah sampai Ipoh ke belom?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..
"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh pakcik kejutkan..!"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak
kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang
pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar..si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah baliklah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.
"Nak! dah sampai kat Ipoh ni! cepat bangun!" Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata..
"Oh dah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya... Seluruh penumpang kehairanan...
"Bukan ke kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Lawak giler..budak2 kecik x digalakkan bace yer..

A DJ was hosting a game show where prizes were given away to kids on stage if they could name the opposite gender (sex) of animals. The first kid to come on stage was a girl. "What's your name girl & how old are you?" "My name is Cheryl & I am 8 years old." "OK, tell me Cheryl, what is the opposite gender of cow?" "Bull." "Very good! That's correct. Now here's a Barbie doll for u. Ladies & gentlemen, please give her a round of applause."

The game then continued for the next 15 minutes in a similar fashion with the kids getting all the simple questions correct until it was time for the 10th kid to come on stage.

The audience was very impressed with this kid as he was very clever & articulate for the moment he stepped on stage, before being asked, announced, "My name is Bernard. I am 7 years old and I study in ....... Primary School. I like English, Maths & Art. My hobbies are collecting stamps & stickers." The audience liked him immediately because of his confidence & had started to clap for him. His parents, standing right in front of the stage, were beaming with pride at how smart their son was. "OK, Bernard, you should know the answer to this question very well. Close 2 eyes also can answer. Tell me, what is the opposite gender of cock?"

The young boy paused for a moment, scratched his head, and moved closer to the microphone & finally answered proudly, "chee-by!"

It was noticed that after the show, Bernard's parents were nowhere to be found!

Speed limit joke..hahaha!

Sitting on the side of the highway waiting to catch speeding drivers, a State Police Officer see's a car puttering along at 22 MPH.

He thinks to himself, "This driver is just as dangerous as a speeder!"So he turns on his lights and pulls the driver over.

Approaching the car, he notices that there are five old ladies, two in the front seat and three in the back, wide eyed and white as ghosts.

The driver, obviously confused, says to him, "Officer, I don't understand, I was doing exactly the speed limit! What seems to be the problem?"

"Ma'am," the officer replies, "You weren't speeding, but you should know that driving slower than the speed limit can also be a danger to other drivers."

"Slower than the speed limit? No sir, I was doing the speed limit exactly twenty-two miles an hour!" the old woman says a bit proudly.

The State Police officer, trying to contain a chuckle explains to her that "22" was the route number, not the speed limit.

A bit embarrassed, the woman grinned and thanked the officer for pointing out her error.

"But before I let you go, Ma'am, I have to ask... Is everyone in this car OK? These women seem awfully shaken and they haven't muttered a single peep this whole time," the officer asks.

"Oh, they'll be all right in a minute officer. We just got off Route 142."

Bila aku sudah tiada..

Hmm...bila amati lirik ni, buat aku terpikir, bila aku dh xde esok, adakah aku akan diingati? apa yg aku dh contribute utk aku diingati? Atau, xde sape yg kisah kalo aku dh xde kt mukabumi ni? Sempatkah aku tunaikan semua rukun islam? Sempatkah aku berkeluarga dgn org yg aku sayang seumur hidup aku? Sempatkah aku balas jasa mak ngan arwah abah?

Ya Allah, sesungguhnya aku ign hidup lebih lama bersama org yg aku syg..panjangkanlah umur aku, dia dan seluruh keluarga kami..
Aamiiin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujan - Bila aku sudah tiada


Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

Friday, January 16, 2009

Puisi utk Mujahidin Palestin

Aku cemburu pada mujahidin Palestin
Aku amat mencemburui mu mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci

Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu

Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot

Jika kamu diambang syurga
Doakan kami dapat bersama mu

Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al Quran
Tapi diri kita , kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk , syurga atau neraka

By Rozmal Malakan


Al-Fatihah utk para syuhada Palestin

Hehehe..Malaysia boleh!

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah sedalam 100 meter, diorg terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun... and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network... .woo best.. Pas tu, saintis Amerika tak puas ati, diorg pun korek gak, sedalam 200 meter... diorg lak terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun... lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg... ..pergh canggih... Saintis Malaysia plak try try gak, diorg korek sedalam 500 meter... pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2... ..so diorg wat kesimpulan; 5000tahun dahulu nenek moyang org melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless! Hehehe... bangga..bangga Malaysia BOLEH!! Hahaha!


gelak gelak jugak, apepun..utk sumer muslims termasuk aku..
tambahlah ilmu pengetahuan, build up capability in all kind of technology,
jgn biarkan zionis menguasai segalanya.


to my buah hati..

Pls get well soon k...muah!

Monday, January 12, 2009

Jom derma!


For those contributing via Maybank2u.com, kindly follow these steps:

  • Login to M2U.
  • Select "Accounts & Banking".
  • Select "Transfers".
  • Select "New 3rd Party Account Transfer".
  • Request for TAC.
  • Key in "To 3rd Party Account Number" 514105-320501.


Let's boycott them --> http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

11 January

Sebelas Januari bertemu
Menjalani kisah cinta ini
Naluri berkata engkaulah milikku

Bahagia selalu dimiliki
Bertahun menjalani bersamamu
Ku nyatakan bahwa engkaulah jiwaku

Akulah penjagamu
Akulah pelindungmu
Akulah pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku menyakiti hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua kerana kita ini manusia

Akulah penjagamu
Akulah pelindungmu
Akulah pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Kau bawa diriku
Ke dalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang

Senyummu juga sedihmu adalah hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

Thursday, January 8, 2009

ipoh trip from 4th to 9th Jan

ipoh oh ipoh..
kagum aku ngan plant kt cni, kalo nk compare ngan KL, mmg mcm langit ngan bumi.
selama 4 hari ni, mmg byk yg aku blaja kt cni, Oracle, project mgmt, CIM...
esok last day aku kt ipoh..
windu nyerrr....x sabar nk balik..
yg penting..simpan sumer resit..claim, jgn x claim..hahhahaha!

Thursday, January 1, 2009

hepi new year :D

salam awal muharam & slmt thn baru utk sumer..
harapnye xde yg just renew azam taun lpas yer...ehhehehe..
pesanan ni pun applied utk aku sendiri..target this year, settlekan sumer hutang :D
harapnyer impian bahagia aku akan tercapai this year..insyaAllah, doakan yg terbaik buat aku dan dia yer...Aamiiin.