Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Friday, July 3, 2009

risau + kompius..

dh nk masuk 2 minggu aku asik demam secara intermittent..
menjelang kol 9pm je dh mula rasa sakit2 badan..pastu demam sampai ke pagi..
then dlm kol 10am camtu aku akan berpeluh dan ok semula..
bile g clinic, doc ckp demam virus biasa je..
tp risau gak bila benda ni berlarutan lelama..
selesema dh semakin kurang tp batuk still ada..
hmm..nape yer..aku byk dosa gamaknye..

Perihal Jodoh..

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah,nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Teman sejiwa..

Pada suatu masa, seorang guru dan pelajarnya sedang berehat di bawah sepohon pokok yang rendang berdekatan dengan padang rumputyang luas menghijau. tiba-tiba pelajar itu bertanya kepada gurunya....

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita hendak mencari teman sejiwa kita?

Guru : (Diam seketika,kemudian dia menjawab) Soalan yang susah dan juga senang

Pelajar : (Berfikir)????!!!!

Guru : Cuba kam u lihat ke sana.Terdapat banyak rumput yang menghijau di sana. Apa kata kamu berjalan ke sana tapi jangan sesekali kamu berpatah balik. Teruskan berjalan hingga ke penghujung padang. Dalam perjalanan kamu, carilah rumput yang paling hijau dan cantik,kemudian bawakan kepada saya. Tapi kamu perlu ambil satu sahaja..

Pelajar : Baiklah...(Terus berjalan ke padang tersebut) (Beberapa minit kemudian...)

Pelajar : Saya dah balik

Guru : Saya tak nampak pun rumput yang hijau dan cantik di tangan kamu

Pelajar : Dalam perjalanan saya tadi, saya ada menemui beberapa rumput yang hijau dan cantik. Tapi saya ingin mencari rumput yang lebih baik. Jadi saya tidak mengambilnya. Saya terus berjalan dan tidak sedar yang saya masih belum mengambil mana-mana rumput walaupun dah tiba di penghujung padang. Oleh sebab cikgu dah berpesan agar tidak berpatah balik, jadi saya teruskan berjalan tanpa sempat untuk mengambil mana-mana rumput.

Guru : Itulah yang berlaku dalam kehidupan sebenar......

Mesej yang cuba disampaikan melalui cerita ini:

Rumput: Orang di sekeliling kamu
Rumput yang hijau dan cantik: Orang yang menarik perhatian kamu
Padang rumput: Masa yang berlalu

Dalam mencari teman sejiwa, jangan terlalu membandingkan pasangan kamu dengan orang lain. Jangan berharap yang anda akan menemui seseorang yang lebih baik darinya. Kamu hanya menghabiskan separuh dari masa kehidupanmu. Ingat!!! Masa takkan kembali......

Moral: Dalam mencari teman sejiwa mu, jangan lepaskan seseorang yang benar menyayangi dan menghargai dirimu...(THERE CAN BE ONLY ONE) sekali kamu melepaskannya..sukar untuk kamu cari seorang yang sepertinya!!!

Tuesday, June 23, 2009

huhu..x selesanya..

aku rasa x sihat sgt mlm ni..x bleh tido..
kat lengan tetiba ada ruam..demam xde la tinggi sgt, cuma selsema dan batuk je..
esok keje lak..nk kena siapkan focal, training material, investigate microscan issue (OOS data termasuk dlm QA audit nyer result), etc..aih..mintak2 la x jatuh sakit time2 bz camni..
Ya Allah, kurniakanlah aku, b dan seluruh keluarga ku dgn kesihatan yg baik..Amiin.

Sunday, June 21, 2009

Cerita hari sabtu...

Setelah diofffer oleh Ina utk join kelas mekap, yesterday aku g redglow kt shah alam, nk blajar teknik mekap sbb aku ni mmg x reti langsung bab2 menghias diri.
Sepatutnya aku sampai kol 9.30 pg, tp oleh kerana terlambat bgn + hujan lebat kt area PJ, kol 11 br sampai redglow. Bile sampai, aku tgk annur tgh buat demo mekap pengantin, teruja aku..byk giler tools dier, So lps mkn nasi ayam yg bertaugeh dan tanpa kicap (haha..mmg pelik nasi ayam nih), proses transformasi bermula..Ina swh aku pakai contact lens..haha..jenuh gak ar annur utk pakaikan aku mende alah tu..tp berjaya gak akhirnya, pastu turn aku lak jadi model..wahhaha. Aku akui part yg plg susah bg aku mase nk letak eye liner..pastu masa letak bulu mata palsu pun rasa janggal giler..haha..tp lama2 pas tu rasa ok.
Ni lah hasilnya, haha..aku pon x caya bila tgk cermin..muehehhe..thanks to Ina & Annur for everything!

Dlm kol 4 camtu panda call tanya b ade ngan aku ke x sbb diorang dh nk gerak ke pnb darby park utk wedding preparation..rupa2nya b tertidur kt umah, cian dier..tidur x cukup sbb melayan anak buah kesayangan..hehe.
Aku sampai rumah dlm kol 4.30ptg, pastu terlelap jap..kol 5.30pm b call gtau dia dh otw ke gombak, kitorang plan jumpa kt pdg tmpt b selalu main tap, then aku pun bergegas mandi and siap utk ke gombak. Kol 7 lebih kitorang gerak dari gombak ke pnb darby park.
Dlm kol 8 camtu, kitorang bw pengantin ke tasik titiwangsa utk naik bot berhias.
Then pengantin dibawa dgn bot ke tapak eyes of malaysia.



Wedding reception diorang mmg gempak....congrats to Puteri & Panda!
Alhamdulillah, sumer berjalan ngan lancar.
I wish i could have one someday...



To Panda & Puteri, selamat pengantin baru, moga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Aku rindu abah..

hari ni hari bapa..
sedihnya hati sbb abah dh xde dlm dunia ni..
sedihnya hati sbb masa abah ada dulu aku x smpt nk balas jasa2 arwah..
sedihnya hati sbb .............................aku rindu abah..
Al-Fatihah untuk arwah abah..

Monday, June 1, 2009

What Can I Do To Make You Love Me - The Corrs

I haven't slept at all in days
It's been so long since we've talked
And I have been here many times
I just don't know what I'm doing wrong

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

There's only so much I can take
And I just got to let it go
And who knows I might feel better
If I don't try and I don't hope

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

No more waiting, No more aching
No more fighting, No more trying

Maybe there's nothing more to say
And in a funny way I'm calm
Because the power is not mine
I'm just gonna let it fly

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

Love me..