selamat hari raya buat semua pembaca..
alhamdulillah, aku selamat sampai ke PJ pada awal pagi khamis yg lepas.
kemalangan jalan raya semakin meningkat taun ni, erm, kalau tgk semula cara2 pemanduan pengguna2 lebuh raya masa aku balik rabu malam lepas, mmg x hairanlah dgn angka statistik tu. ada yg memecut x igt dunia, ada yg drive 60km/j di lorong plg kanan, ada gak superbike yg mencelah2..adoi! mmg bahaya. x dinafikan, aku bukan pemandu yg sempurna, tp sekurang2nya aku bertimbang rasa, bukan puji diri sendiri tp inilah kenyataannya. pada pendapat aku, pemandu yg memandu terlalu perlahan di lane kanan sewajarnya dikenakan tindakan, secara x langsung, mereka ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. oklah, malas nk crita pasal sikap2 pemandu kita ni..tukar topik raya lak yer.
secara peribadi, aku rasa bahagia skali, ini tahun ke 2 aku beraya dgn buah hati, walaupun kitorang beraya di kg masing2 tp feeling yg best tu still ada..sblm balik, aku sempat beraya dgn b, minta ampun atas segala salah & silap, mohon dihalalkan segalanya, ucapkan terima kasih atas segala curahan kasih sygnya terhadap aku..sesungguhnya aku bersyukur pada Allah kerana dikurniakan seorang buah hati yg teramat wonderful! moga perhubungan ini dirahmati Allah SWT dan moga dinaiktaraf ke peringkat2 yg seterusnya..amin!
inilah kali pertama aku merasa suasana balik kampung..mmg best perasaan tu. terbayang2 wajah mami masa aku drive balik ke kulim, rindu sgt2. 6 hari di kulim aku manfaatkan seadanya. Raya pertama di kulim, raya ke2 di alor setar, raya ke 3 aku ada reunion ex-smsb di rumah elleni & shama, raya ke 4 pun ada beberapa open house lagi yg aku smpt singgah. Kol 6.30 aku balik rumah utk rehat sbb mlm tu dh nk gerak balik ke KL.
secara keseluruhannya, raya taun ni sederhana saja, seperti taun2 lps..bagi aku, raya xkan semeriah masa arwah abah ada dulu, walaubagaimanapun, raya taun ni diserikan dgn org baru, nur husnina amirah, anak sulung adik aku, ditambah dgn keletah fahmi..so secara tidak langsung, terubat kesedihan kitorang sekeluarga. sesungguhnya kami semua teramat rindukan arwah abah. al-fatihah.
all about me...my feeling...my thought...
There is only one happiness in life, to love and be loved..
Mutiara Kata..
"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."
Monday, September 28, 2009
Thursday, September 17, 2009
Salam Lebaran dari Hanimichi =)

Assalamualaikum sahabat2 ku jauh dan dekat, selamat berbuka puasa aku ucapkan. Diam x diam, tinggal lagi beberapa hari ja utk kita berpuasa..hari Ahad nnt insyaAllah kita akan menyambut Aidilfitri. Di kesempatan ni, aku dgn rendah diri, ingin memohon maaf jika ada sebarang kesalahan dari segi kelakuan, tutur kata, tatabahasa dari penggunaan ayat prosa klasik mahupun prosa moden atau apa saja bentuk kekhilafan yg aku pernah lakukan. Halalkan segalanya termasuk hutang piutang jika ada.
Kepada yg akan pulang berhari raya di kampung halaman, berhati2 semasa memandu. Untuk pengguna touch & go dan smart tag, pastikan kredit cukup, kepada insan2 yg selalu bayar tol secara tunai, sila pastikan duit kecil anda mencukupi, ini dapat mengelakkan kesesakan lalulintas secara x langsung.
Akhir sekali, harap dapat bertemu lagi selepas raya nanti, yang pastinya, selama aku berada di kampung halaman, aku akan sentiasa merindui buah hati, walau jauh di mata, tetapi senantiasa berada dekat di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
- Wassalam.
Tuesday, September 15, 2009
Berbuka puasa dgn geng2 bas skolah..
Sabtu lps ada small gath for ex-smsb, Elleni jadi kepalanya merangkap ketua lanun2 sedunia. Haha..good job Ellen, walaupun hanya 10 owg yg hadir, namun ttp meriah.
Attendees: Elleni, Donna, Hanny, Juli, Mushiri (Tok Mood), Auri, Shama with gf, Hafizal with wife & anak teruna dia, Own and aku. Kitorang gath kt kedai kopi kt tasik shah alam tu..huhu..yg x bestnye, makanan x cukup, pas buka puasa still lapar lagik, so next destination, Secret Recipe seksyen 9..
setibanya kt secret recipe, kami pun start mengorder, ice blended la, sparkling juice la, ice cream la...mcm2..tetiba waiter tu dtg gtau.."maaf encik2 smer, ice dh abis, so makanan yg berkaitan dgn ice xde"..lor! camne lak ais leh abis nih? sape yg sabotaj kitorang??? adoi! terbantut selera..last2 aku order pepsi jek...cess, hampess!
Tp walaupun bermcm rintangan masa mengorder..borak still ON! ape nk buat, smer yg ader tu gila2 belaka, sembang dlm loghat utara sepenuhnya..hahaha! mmg riuh rendah..sepuluh org dh mcm 100 org punya sembang..sabar je la..tp aku happy sbb dpt jumpa balik kwn2 lama..sempoi!Shama ngan Elleni dh plan nk buat open house raya ke 3 ni kt kulim, leh buat gath raya gak camtu, harapnya dpt jumpa lagi yg lain2..aku windu kowang smer..aku windu zaman skolah, thanks sbb still ingat kat aku yg low profile nih...ahaks! Kowang smer mmg BEST!
Saturday, September 5, 2009
Cone Pizza, layannnn!
ari khamis lps, aku g 'sahur' ngan b kat Cone Pizza, Selayang Mall.
best gak..tmpt dier pun santai..mmg layan lah!
Tp yg x besh nye, dier tutup awal sgt, sampai kol 11 jek..
kalo ramai customer dier akan extend sampai 11.30...
kitorang mkn sambil layan citer mr bean..hehe..

Ni lah Cone pizza, YUMMY!

mushroom soup with garlic bread
Besides cone pizza, ade gak pelbagai jenis spaghetti dan salad..
so kpd sesiapa yg nk try, leh ar g kt selayang mall...
best gak..tmpt dier pun santai..mmg layan lah!
Tp yg x besh nye, dier tutup awal sgt, sampai kol 11 jek..
kalo ramai customer dier akan extend sampai 11.30...
kitorang mkn sambil layan citer mr bean..hehe..
Ni lah Cone pizza, YUMMY!
mushroom soup with garlic bread
Besides cone pizza, ade gak pelbagai jenis spaghetti dan salad..
so kpd sesiapa yg nk try, leh ar g kt selayang mall...
Lagu Happy
salam smer, ni lagu dr Amy Mastura yg aku skeeee sgt dengar..enjoy!
--------------------------------------------------
Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita
Mari kita bergandingan tangan
Jauhkanlah segala peperangan
Kita cipta irama
Kitalah melodinya
Kita nyanyi bersama
Chorus
Lebih baik cinta daripada benci
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita... Happy!
Ulang Chorus
Hakikat dia sementara saja
Kembalikan tiba waktunya
Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Ye... ye...
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita
Mari kita bergandingan tangan
Jauhkanlah segala peperangan
Kita cipta irama
Kitalah melodinya
Kita nyanyi bersama
Ulang Chorus 4X
Hakikat dia sementara saja
Kembalikan tiba waktunya
Ulang Chorus 2X
--------------------------------------------------
Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita
Mari kita bergandingan tangan
Jauhkanlah segala peperangan
Kita cipta irama
Kitalah melodinya
Kita nyanyi bersama
Chorus
Lebih baik cinta daripada benci
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita... Happy!
Ulang Chorus
Hakikat dia sementara saja
Kembalikan tiba waktunya
Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Ye... ye...
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita
Mari kita bergandingan tangan
Jauhkanlah segala peperangan
Kita cipta irama
Kitalah melodinya
Kita nyanyi bersama
Ulang Chorus 4X
Hakikat dia sementara saja
Kembalikan tiba waktunya
Ulang Chorus 2X
Subscribe to:
Posts (Atom)