Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Thursday, December 24, 2009

June 2008 till now..

After 18 months, i guess i am still in probation period..
Duno when i can get a 'confirmation letter'..
Is it so hard to accept me the way i am?



aih..sien! ~~ ( ._.,)

Sunday, December 6, 2009

coretan seorang penulis blog yg kebosanan..

Hari ahad yg membosankan..
tuan blog ni ada kt umah, ketuk2 keyboard laptop dier..
pastu cuba utk x berfikir ttg MAKANAN sbb dier dh byk makan sblm ni.. =P
tp sebaliknya..dia terfikir benda2 yg lain yg agak serius..
KALAU dier dh XDE dlm dunia ni? Hmm..camne ye?
  1. camne ngan mami, buah hati & family?
  2. ilmu, amalan dan amal ibadat dh cukup ke? Smpt ke taubat?
  3. sape nk uruskan jenazah dier kt sini...family smer jauh belaka..
  4. agak2 berapa lama diorang akan sedih?
  5. buah hati & kawan2 akan rasa kehilangan yg amat sgt x?
  6. adakah tuan punya blog akan dilupakan sepenuhnya dgn cepat?
ADOI! nape la tuan punya blog terfikir jauh sampai ke situ sekali..

Tp kan, sekali sekala kita kena gak terfikir ttg kematian, baru keinsafan tu datang..
Walau mcm mana pun, bila masa tu tiba nnt, dier yakin akan ketentuan Allah.

X kisah la walaupun dier akan dilupakan terus ke camne ke..yg penting, dier syg semuanya..
Sayang & cinta yg tulus x memerlukan balasan..tp kalau berbalas, alhamdulillah, anggaplah itu sebagai bonus..dan jgn lupa bersyukur selalu. Penting tu..

To readers:
Maut bisa menjemput kita bila2 masa je..so jgn igt esok sentiasa ada..tp jgn amik statement ni secara negatif ye, amik sepositif yg mungkin supaya kita semakin dekat dgnNya.

Apapun, bykkan beramal ibadat, jauhkan perbuatan laqha, sentiasa maafkan semua org, sentiasa berbakti dgn ibu bapa & keluarga dan tuluskan hati dlm segala yg kita buat..
InsyaAllah, segalanya akan selamat. Amin.

Thursday, November 19, 2009

ikan bakar oh ikan bakar..

Tuan punya blog ni sebenarnya kelaparan..
Dia teringin sgt nk mkn ikan bakar kt tmn melati..
tp disebabkan faktor cuma ada 30 min utk sampai ke selayang, dgn x bersiap ape pun lg..hmm..
x ngapelah, simpan je la niat nk mkn ikan bakar tu.. :(

Thursday, November 12, 2009

Erti Cinta - Maya Karin

Termenung ku bercelaru
Memikirkan cinta
Di mana sebenar
Namanya cinta

Tak tertahan hati ini
Bila kau berkata
Sememangnya aku
Menyintaimu

( 1 )
Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untukmu
Kupasti

Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

( ulang dari 1 )

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Sunday, November 8, 2009

Harapnya akulah wanita itu..



" Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar, yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya..." (maksud Hadith)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I'm gonna reach 31 on Jan 25th next year..
I wanna be the best to my Creator, to my mom, to my b, to my siblings, to my friends, to my peers, in fact to everybody..i wouldn't repeat all the sins, all the 'khilaf', all the bad things that i've made before..i wanna be a better person..i wanna be a good muslimah..insyaAllah, Amiin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, November 5, 2009

Terfikir sejenak..



Tak semua yang kita nak, kita akan dapat..

Tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan..
Jadi belajarlah bersyukur dengan apa yang ada..
Bukan semua orang berpeluang merasai apa yang kita rasa..
Walaupun apa yang kita nak masih belum terlaksana..
Tapi sekurang-kurangnya rasa bahagia itu ada..

Tuesday, October 27, 2009

Anger Management..


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

  • Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  • Ingat Allah, beristighfar dan berzikir
  • Minum air.
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

sumber : berita harian

------------------------------------------------------------------------------


Renungilah mutiara kata ini:

"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan."