Oh, tidak, betapa merosotnya penggunaan tatabahasaku, aku mengalami masalah apabila ditugaskan untuk menyediakan dokumen garis panduan teknologi maklumat dalam bahasa Malaysia. Mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di kolej dan juga di tempat kerja. Mujurlah ada buah hati yang sedia membantu. Jutaan terima kasih diucapkan.
Aku bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Sedar tak sedar, aku semakin memahami pendirian beberapa tokoh bahasa yang bertegas untuk memansuhkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik.
Tidak dinafikan, ada baiknya niat kerajaan itu, tetapi bahasa Malaysia sudah semakin terpinggir, kita perlu buat sesuatu supaya bahasa kita terpelihara.
Ini hanya pendapat peribadi aku.
Maaf jika terdapat sebarang kesalahan tatabahasa di dalam catatan ini.
Sekian.
2 comments:
hani! wah skema aku bace entry ko ni.. aku pn sebenonyer ader bercita2 nk buh entry lam blog tu lam bm, tp cam sangkut jek jdnyr..xpe, akan aku cube ag.. hhuuu
hahhaa..
aku yg nulihnye lagi la rase skema yg teramat..
Post a Comment