Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Tuesday, October 27, 2009

Anger Management..


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

  • Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  • Ingat Allah, beristighfar dan berzikir
  • Minum air.
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

sumber : berita harian

------------------------------------------------------------------------------


Renungilah mutiara kata ini:

"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan."

Monday, October 26, 2009

CEMBURU..

cemburu itu tanda sayang...tp bukan cemburu buta ya...
aku juga pernah cemburu..ya lah, aku ni manusia biasa yg punya perasaan cinta..cewah!
tp bila difikirkan, aku percaya dia..dan aku cuba perbaiki diri..
so dgn sendirinya perasaan cemburu tu beransur hilang..

artikel ini juga byk membantu di kala aku diruntun kejelesan..hehe..
moh bace ramai2..moga ilmu ni dpt dimanfaatkan seadanya..insyaAllah.
------------------------------------------------------------

Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan angsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk. Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.
  1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
  2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
  3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.
  4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.
  5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.
‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri. Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.

Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!

Joke for the day..

Who's in charge?

All the organs of the body were having a meeting, trying to decide who was in charge.

"I should be in charge", said the brain, because I run all the body's systems, so without me nothing would happen".

"I should be in charge", said the blood, "because I circulate oxygen all over, so without me you'd all waste away".

"I should be in charge", said the stomach, "because I process food and give all of you energy".

"I should be in charge", said the rectum, "because I'm responsible for waste removal".

All the other body parts laughed at the rectum and insulted him, so in a huff, he shut down tight. Within a few days, the brain had a terrible headache, the stomach was bloated, and the blood was toxic.

Eventually the other organs gave in. They all agreed that the rectum should be the boss.

The moral of the story?

You don't have to be smart or important to be in charge... just an ***hole.

Friday, October 23, 2009

Masanya akan tiba..insyaAllah..



I'm gonna be old soon..very soon..
I have a dream..aku ingin menjadi seseorang utk seseorang..
Aku ingin jadi isteri yg baik, ibu yg baik, menantu yg baik..
Aku yakin masanya akan tiba suatu hari nnt..
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan dlm menempuh segala dugaanMu..
Amin.

Thursday, October 22, 2009

Hikmah Diam..

Assalamualaikum readers..
Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sejak kecil, aku mmg seorang manusia yg tidak byk bercakap a.k.a pendiam..aku hanya bercakap bila perlu saja..dan aku akan bercakap jika aku diperlukan utk bercakap..pada aku, berdiam adalah baik utk mengelakkan pertengkaran..
Mulanya aku menyangkakan sifatku ini adalah kekurangan yg ada pada aku..tp selepas membaca sebuah artikel di mymasjid.net, aku bersyukur dgn sifat yg dikurniakan kpdku..
Di sini aku lampirkan satu artikel yg aku baca dari mymasjid.net.my..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM)

* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

* *"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)

Madah Dari Berdiam:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA
CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM
LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA
ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Sekian. Wasalam.

Tuesday, October 13, 2009

cerita hari selasa..

td, aku sebenarnya plan nk update blog ni dgn cerita2 open house, tp bile dh on laptop, check fb, check email, tetiba rasa demotivated dh..maleh nk update...maleh nk wat ape2 pun ari ni...argh! tension!
sakit kepala, demam, tekanan darah rendah lagi, sakit perut, PMS, adoi!
nk g clinik rasa x berdaya dh...pastu kt umah lak xde air...arghh!
rasa nk marah, tp nk marah kt saper?? aaa..itu yg kite x tahu tu...

haha..tp kan...secara x langsung, luahan hati nurani aku ni pun dh membuatkan blog aku terupdate dgn sendirinya...

apapun, harap readers doakan agar aku sihat semula seperti sedia kala, agar jap g ade air sbb aku nk basuh baju, agar buah hati aku sentiasa selamat dan sihat di perantauan (dier outstation g johor..huhu..windu!) dan agar aku kaya cepat..ahaks!
wassalam.

Sunday, October 4, 2009

Today's activitiy: Makan2

Hmm..td rasa nk tido..tp x lelap lak..drp dok terkebil2, baik aku update blog..

Hari ni merangkap hari open house sedunia..
aku ngan 2 member yg lain dgn semangatnya bergerak ke Putra Height..
Perut dah lapar sbb x sarapan, so bile sampai je, kitorang trus duduk dpn makanan..dan sesi makan2 pun bermula....hehehe..


Open house kt umah Julie @ Putra Height.
Laksa + Bihun Sup + Kuih raya + Puding = Sedap & Kenyang!

Pastu gerak lak ke Putrajaya Precint 9, umah Fishah.
Depa ni kapel dari skolah menengah lagik, alhamdulillah...dh 2 anak pon skang.
Kitorang sesat cari umah dia sampai lapaq balik..hehe.
So..sesampainya kt precint 9, kitorang menuju ke meja makan...dan mulakan sesi makan2 lagi skali..



Open house kt umah Fishah & Jeff @ Precint 9, Putrajaya.
Bihun goreng ngan kuah laksa + cucur udang ngan kuah kacang = Marvelous + Super Duper kenyang!

Kepada Julie & Fishah, terima kasih sbb sudi jemput kitorang, dan terima kasih sbb masak sedap2 utk kitorang, dan terima kasih sbb sudi kasi kitorang tambah berkali2..ehhehehe..
Len kali jemput lagi ye...

Feeling blue..