Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Tuesday, December 21, 2010

Alhamdulillah...i am a wifey now :)


Detik2 Terindah....tanggal 11 Disember 2010, 11 pagi :) :)

Wednesday, November 24, 2010

Menghitung hari...5 Muharram, 1432 Hijrah..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengabulkan segala doaku utk hidup bersama seorang lelaki yg teramat aku cintai..

Moga ikatan kasih ini kekal abadi & sentiasa dirahmati Allah SWT..
Amiin..

Thursday, October 21, 2010

4 ISTERI.... JAGALAH YANG PERTAMA...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, ku berikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan ku buatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kubur mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Tuesday, October 12, 2010

Cerita Dari Chenor :D

CERITA DARI CHENOR


Seorang gembala di Chenor sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda yang merupakan salah seorang pelajar dari sebuah universiti. Pemuda tersebut tertarik dengan biri-biri yang banyak dan cantik tersebut. Beliau menghampiri gembala tersebut lalu mengajukan pertanyaan pada gembala tersebut :

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri pak cik?. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"

Gembala : "Ah, tanyer la koi takder hae.."

Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"

Gembala : "Hok mane, hok putih ke hok itang?"

Pemuda : "Yang putih"

Gembala :"Ah, hok putih te berjalan dalang enam batu sari"

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Hok itang pun same la dia bejalan skali ah awok"

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"

Gembala : "Hok mane, hok putih ker hok itang?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Aaa, hok putih ter kuat mentedaroh, sari dalang 20 ikat rumpuit."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Hok itang ter same jugek."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

Gembala : "Hok mane, putih ker itang?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Aaa...yg dah lepas2 hok putih ter dekat2 6 kati bulu..."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Hok itang ter same la jugek ah awok ni, sokmo nanyer bende pelek2."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa pak cik membezakan biri-biri pak cik yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja !!"

Gembala :"Aikk, maroh? Memang la mende nyer hok putih ter hok koi..."

Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, habis tu yang hitam tu pulak siapa punya?"

Gembala : "Hok itang ter koi punyer jugek...hehehe"

Pemuda : (Dalam hati) Nasib baik la aok tua pak cik.. kala aok ni baya-baya keh mboh beletaih daie aok ni..






Sunday, September 26, 2010

Imtiyaaz Aroma..wangian untuk muslimin & muslimat..



Salam bloggers sekalian..
Peluang hebat untuk jadi usahawan berjaya..mulakan dengan RM150 sahaja..
Klik dibawah utk maklumat lanjut..





Monday, September 6, 2010

Malam Lailatul Qadar..



Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan.

Oleh itu gunakanlah masa ini sebaiknya untuk beribadat janganlah terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sahaja. Islam tidak melarang umatnya bersiap untuk berhari raya tetapi kita juga mesti mengutamakan bekalan akhirat yang lebih utama. Betapa ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di kedai-kedai, supermarket, pasaraya dan sebagainya kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar sementara kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat sana.
MAKSUD SURAH AL-QADAR

Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( al-Quran ) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.

SEBAB PENURUNAN SURAH AL-QADAR

Di sini ada beberapa riwayat yang menceritakan mengenai sebab diturun dan diberi kelebihan malam al-Qadar yang dianugerahkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w dan tidak diberi kepada umat sebelumnya.

1. Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya : Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi.

2. Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaki dalam sunannya daripada Mujahid memberitahu bagaimana nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan Allah selama seribu tahun maka seluruh umat Islam yang mendengar perkara ini merasa begitu kagum lalu Allah menurunkan ayat ini yang menyatakan bagaimana umat ini akan dapat menandingi ganjaran yang diperolehi oleh pemuda tadi dengan mendirikan malam lailatul qadar.

3. Ibnu Abi Hatim daripada Ali bin Urwah telah memberitahu bahawa pada suatu hari nabi telah menyebut tentang 4 orang daripada bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80 tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata. Semua muslimin yang mendengar cerita ini merasa kagum lalu datanglah Jibril membawa datang ayat ini bagi memberi semangat kepada umat nabi Muhammad s.a.w agar menghidupkan malam al-Qadar supaya mereka akan memperolehi kelebihan melebihi amalan pemuda bani Israel tadi.

4. Malik bin Anas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat kepada umur manusia zaman sebelum ini, maka baginda umur umatnya terlalu singkat di mana baginda merasa bimbang kepada amalan-amalan umat ini yang pasti tidak akan dapat menyamai amalan umat terdahulu. Maka Allah mengurniakan kepada baginda dan umat akhir zaman dengan suatu malam yang lebih baik daripada seribu blan bagi umat lain.

SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR

Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :

Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.

Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat

Rujukan
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr

Source: ePondok

Sunday, September 5, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN WA SAHLAN, YA RAMADHAN..



KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Friday, August 6, 2010

Fasa kehidupan..


Dear diary..
I am totally not okay this week..
Umpama hidup tanpa bekalan oksigen yg cukup..i can't breathe easy..
I miss him!

Ya Allah...terimalah segala doa dalam solatku..
Hanya Engkau yg tahu betapa aku menyintainya..
Amin.

Monday, August 2, 2010

Happy Birthday, MaMi!


Tanggal August 1st, 2010....
Genap 59 tahun usia Puan Normah Binti Harun..ibu yg melahirkan aku ke dunia ini..
Wahai dunia...aku sayanggg mak aku sgt2!


kenapa saya sayang mak saya?

sebab mak saya yg paling marvelous kt dunia..

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia baik sgt2..

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia cool.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia kuat.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia lawa.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia pun sayang saya.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia pandai masak.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia bestttttt......... hehehe

Saturday, July 31, 2010

Nikmatilah Kehidupan Anda

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...

Saturday, June 26, 2010

Ona's E day.. June 19th, 2010.



Congrats to my beloved sister..
Hmm.. rupa2nya aku lagi comei dari dia..hahahha! =P

Monday, May 24, 2010

terpinggir, dipinggirkan, sekadar di pinggiran, aih..ape2 je lah!

rasa nak marah...tp x tau nk marah camne....lgpun xde sbb pun nk marah2.. tp still rasa nk marah gak....arghhhh! camne ni???!!

rasa nak merajuk pun ade gak, tp sebenonye xde sebab pun nk merajuk...walaupun perasaan di dalam still kata mmg perlu merajuk dlm keadaan camni..tp berbaloi ke merajuk, sbb xkan dipujuk pun..

huwaaa...i got no more tears liao....

aihhh...lapar la plak...tp xde ati nk makan...adoi, jiwa kacau!


~~~

Thursday, May 20, 2010

Burnt biscuit

Mom liked to make breakfast food for dinner every now and then.
And I remember one night in particular when she had made breakfast
after a long, hard day at work. That evening, mom placed a plate of eggs,
sausage and extremely burned biscuits in front of dad.
I remember waiting to see if anyone noticed.

All dad did was reach for his biscuit, smiled at mom and asked me how my
day was at school. I don't remember what I told him that night,
but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit
and ate every bite.

When I got up from the table, I remember hearing mom apologize to dad
for burning the biscuits. And I'll never forget what he said:
Honey, I love burned biscuits.

Later that night, I went to kiss Daddy good night and asked him if he
really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said,
"Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired.
And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone!"

You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people.
I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and
anniversaries just like everyone else.

What I've learned over the years is that learning to accept each others'
faults - and choosing to celebrate each others differences - is one of the
most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Because in the end, you are the master of your own life, to be happy or
unhappy, to be positive or negative.


We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base
of any relationship , be it a husband-wife or parent-child or friendship.

Don't put the key to your happiness in someone else's pocket -
keep it in your own.

So please pass me a biscuit, and yes, the burnt one will do just fine ...

Sunday, May 16, 2010

Terasa hati

(maksud negatif)
1. Terasa hati = terluka perasaan = terguris hati = makan dalam = kecik hati

(maksud positif)
2. Terasa hati = menyentuh kalbu = mengusik jiwa = hati syahdu = besar hati

Topik kali ini akan menyentuh berkenaan definisi pertama. =)

Bagaimana kita boleh terasa hati? Selalunya...(tetapi tidak terhad kpd...)
-Apabila kena marah kaw kaw.
-Apabila kena perli cili padi.
-Apabila kena tegur cara yg tak best .
-Apabila kena pulau.

Apakah yg perlu atau boleh kita lakukan apabila kita terasa hati??
Ada banyak pilihan...boleh pilih satu atau lebih... =)

1. Berdiam diri bagi tujuan muhasabah diri mengadap Ilahi.
2. Berdiam diri kerana bijak dan tidak mahu bertindak seperti orang bodoh.
3. Berdiam diri bagi mengumpul kekuatan untuk membalas dendam.
4. Melatah dan terus emo-emo tak tentu pasal bikin kacau kepala org lain.
5. Mengadu kepada orang lain untuk mendapat sokongan padu dan membina kroni.
6. Berjumpa sendiri dgn orang yg melukakan hati dan settle secara baik hati ke hati.
7. Menenangkan diri dgn menulis blog mcm ni contohnya. (hahahhaha)
8. Buat tak kisah...buat dono...

Jadi...lu pilih lah sendiri!!

Setiap pilihan ada baik buruk... tapi ikut logik akal, pilihan 1, 2 dan 6 lebih mendatangkan keuntungan dan keamanan.

Saturday, May 15, 2010

Tanya sama hati..

Symptom:
rasa x best, x happy, x sihat, moody sesuka ati, sakit pewot, cpt letih & ngantuk, cpt marah, mcm2 le..


Temporary solution: abaikan perasaan sendiri.. (damn susah!)
Success Rate: less than 50%.


Aku tgh berusaha nk overcome masalah ni..aku xnk moody x tentu pasal, kesian kt b (especially).....kesian kt my colleague, kesian kt smer org yg berurusan ngan aku time2 camni..maaf, mmg x disengajakan..


** Ladies out there, kalo ade tips2 yg berguna utk overcome this moody syndrom..do share ya...really appreciate it..

~~~

Thursday, May 6, 2010

Mami, owg syg mami sgt2!


The greatest mom in the world!
Puan Normah Binti Harun



Aku salute kt smer kawan2 aku yg dh bergelar ibu ataupun bakal bergelar ibu..
Artikel di bawah utk smer ibu2 di dunia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukanlah hal yang mudah untuk menghitung hak2 ibu yang cukup banyak. Satu malam saat ibu begadang untuk anaknya sebanding dengan 60 tahun dari usia seorang ayah yang baik. Kasih sayang yang terpancar dalam pandangan ibu yag penuh dengan cahaya merupakan manifestasi dari kasih sayang dan rahmat Allah SWT. Rahmat yang azali inilah yang membuat seorang ibu tegar dan memiliki kemampuan untuk menanggung penderitaan sejak masa menetapnya sperma pada rahim dan sepanjang usia kehamilan dan masa kelahiran dan jenjang masa anaknya beranjak dewasa . Sesungguhnya pangkuan dan pengasuhan ibu merupakan sekolah yangg terbesar bagi anak2nya. Apa yang di dengar anaknya dari sang ibu lebih baik dari apa yang di dengarkan anak dari seorang guru. Maka di anjurkan sekali kapada seorang ibu untuk mendidik anak2nya dengan pendidikan yang bermanfaat. Di sini juga termasuk pendidikan agama. Di bawah tangan seorang wanita, terdidiklah pria dan wanita yang agung. Oleh kerana itu wanita di tuntut juga untuk berusaha mendapatkan ilmu yang dapat menghiasinya dengan akhlak2 yang utama dan nilai2 praktis yang mulia, sehingga dapat di harapkan ia mampu memberikan pendidikan kepada anak2nya dengan baik pula. Seorang ibu yang baik akan mendidik anak yang baik, adapun jika ibu menyimpang maka akan lahir anak yang menyimpang. Selama anak ada di bawah pangkuan dan pengasuhan ibu maka semua hal yang mereka serap dan mereka pikirkan tergantung pada penerapan dan pendidikan yang di berikan oleh ibu. Dan jika anak melihat di pangkuan ibunya akhlak2 yang baik dan perbuatan2 yang soleh dan pembicaraan terdidik maka sang anak akan tumbuh berdasarkan akhlak itu dan ia akan mencontoh kepada ibunya yang merupakan seseorang yang paling mudah dan tepat untuk di ikutinya. Di sinilah peranan pendidikan dan wawasan bagi seorang wanita. Wanita yang berwawasan luas di barengi orientasinya terhadap agama yang kuat, maka akan lahir generasi2 muda yang tangguh dan berakhlak makruf. Begitu pentingnya peran seorang wanita terhadap pendidikan anak2nya tak heran jika banyak pernyataan yang menyatakan, jika bangsa kehilangan wanita yang tangguh dan pendidik generasi muda, maka bangsa tsb akan mengalami kemunduran. Peranan wanita di dunia memiliki karakter yang khusus. Kebaikan dan kerusakan suatu masyarakat bersumber dari kebaikan dan kerusakan wanita. Wanita merupakan wujud satu2nya yang mampu melahirkan individu2 yang menuntun masyarakat dengan kelembutan keberkahan mereka menuju Istiqomah (konsistensi) dalam kebenaran dan nilai2 kemanusiaan yang tinggi, sebagaimana boleh jadi hal yang sebaliknya akan terjadi. Maka , kita sebagai kaum perempuan yang nantinya juga akan menjadi seorang ibu marilah kita mempersiapkan diri dengan bekal ilmu yang baik dan wawasan agama, untuk membimbing dan mendidik anak2 kita dengan didikan yang baik dan berjalan sesuai dengan ajaran agama Islam. Tugas kita adalah mendidik mereka menjadi generasi penerus yang berakhlak khusnul qotimah agar tercipta jiwa2 yang berkualitas. Jangan jadikan tugas ini sebagai beban. Mendidik anak adalah sebuah kemuliaan dan ladang amal bagi kita. Kita yang mengandung dan melahirkan mereka, tegakah kita melihat mereka terjerumus dalam arus yang sesat yang menjadi generasi yang tak berguna. Sungguh masa depan mereka tergantung dari pola pendidikan dari kita. Para wanita,para ibu!!


Proud to be a woman..



Specially dedicated to all ladies out there..
"We are beautiful no matter what other ppl say.."

Bersama kita membanteras jenayah (erk??!!)

Wednesday, April 28, 2010

Just back from Kuantan trip =D















Hanimichi baru je balik dari Kuantan smlm..
Fuiyoooo..best tol dpt rehat2, relaks2, mkn2 & jalan2 dgn tunang terchenta...
Sampai2 je, trus g cari ikan patin tempoyak utk mkn thari..pastu g bakar kalori kt kuantan parade..hehe..agak2 ringan sket bdn, trus g tanjung lumpur cari sata..siap menjamu selera dgn udang goreng, kepok lekor, sotong goreng & air jagung lagik..
Pas solat, aktiviti seterusnya..bakar kalori lagik a.k.a shopping =]

Dah letih jalan2 & pusing2, masa utk balik..otw balik tu smpt lagi singgah mkn mlm walaupun dh dkt kol 11 mlm..heheheh...menu: sup belut (try je sbb x penah rasa), siakap stim asam limau & kerang bakar..cuba kira berapakah kalori yg berjaya dikumpulkan?
haha..xyah le kira..mmg byk pon!

Hmmmm..terfikir sejenak..
kalo hari2 dpt g coti2 mesia kan best, tp Hanimichi lom ade duit nk beli company tmpt dier keje skang, so xyah le nak mimpi g bercuti hari2.. =P

Now...mase utk teruskan kehidupan..cari duit byk2..hehe..nk kawin beb!

Monday, April 19, 2010

ketammmmm!!!



Alhamdulillah..
Smlm...dpt jgk mkn KETAM kt kg baru =D
My dear B, tq sooooo muchy!
Cyggggggggggg dier, muahhhhhhhh!


Sunday, April 18, 2010

argh! marah ni..

A MAN WITH MANY FACES...
aku dh jumpa owg camni kt tmpt keja..
depan aku ckp baikk je..blakang aku..kutuk mcm ape lagik...
apa perasaan aku??
Definately.....MENYAMPAH!
xpe hanimichi...ko sabar je dulu..
nnt kita kumpulkan kawan2 utk sepak dier laju2 secara berjemaah ye...

Tuesday, April 13, 2010

Lirik best yg buat aku nangis masa drive balik Kulim jumaat lepas..

Mase tu, lg 20km utk sampai ke exit Jawi..
Pas azan isyak kt Era, terdengar satu lagu yg teramat meruntun hati dan jiwa..
Lagu ni dh lama..nyanyian Aris Ariwatan, mase intro tu aku ikut nyanyi..
Tapi bila sampai part chorus tu, tetiba rasa sebak.. air mata berderai tanpa disedari..
Teringat mase skolah dulu, arwah abah sanggup ulang alik dari tmpt keja utk amik aku dari skolah..x pernah sekali pun lewat sbb dier x nk anak dier tunggu lama..
Aku bersyukur kerana dikurniakan ABAH yg terbaik dlm dunia..
Aku rindu arwah abah......Al-Fatihah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara kasih dan kekasih

Chorus:

Ibu kuingat dahulu

Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)

~Cak! Hehe..



Suka sgt pic ni.....taken on June 2009.

Tuesday, April 6, 2010

Jgn merungut...

Aku ni diantara owg2 yg suka merungut x tentu pasal..

" Esh..nape la aku keje kt tmpt yg mcm ni?"
" Adoi, hujan la plak.......camne nk balik ni"
" Nape la aku x kaya2 lagi ni.."

Mcm2 lagi la yg x puas di hati.....

Hmm..byknya setan dlm diri kan....

Pastu aku terbaca mutiara kata yg sgt menginsafkan..

"sentiasalah berbaik sangka pada Allah dlm apa jua keadaan sekalipun, sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.."

Sepatutnya aku kene bersyukur sbb ada pekerjaan ttp, bersyukur sbb Allah turunkan hujan utk sejukkan bumi, bersyukur sbb Allah masih kurniakan rezeki...
Sesunggunya Allah lebih tau apa yg terbaik utk kita semua..

Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMu ini..Amin.

Note: Aku sekadar berkongsi pengalaman..yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan..sama2lah kita berhijrah utk jadi yg lebih baik dari hari2 sebelumnya..insyaAllah.

Friday, April 2, 2010

Innalillah..


Pemergian yg tidak disangka.
Aku amat merasai kehilangan seseorang yg senantiasa menceriakan pagiku..
Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..
Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a. Din Beramboi.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Amin. Al-Fatihah.




Thursday, April 1, 2010



~azam bulan april~
hanimichi nk blajo masak... hehehe.


menu #1: ikan patin masak tempoyak
menu #2: ayam goreng berempah
menu #3: kailan ikan masin

wish me luck ya..


Tuesday, March 30, 2010

moga din beramboi cepat sembuh..



2-3 menjak ni bile dengar riuh pagi era..aku kompius sbb dengo suare paknil je..
rupa2nya org yg selalu menceriakan pagi aku bersama paknil, din beramboi sedang berada dlm keadaan kritikal di hospital selayang..
sumber mengatakan yg dia disyaki dijangkiti demam denggi berdarah..
apapun, jom sama2 doakan moga din beramboi akan cpt sembuh & kembali pulih seperti sediakala..amin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, March 28, 2010

so called 'DIET'


AHAKS!
mase aku tgk pic ni 2-3 hari lps, timbul smgt nk diet yg membuak2..
so aku buat2 la terlupa nk makan (statement ni utk 2-3 hari lepas ye, sekian, terima kasih)
nk dijadikan cerita, smlm aku g open interbiu kt cyberjaya (mekasih b for everything! muah)
interbiu abis dlm kol 4.30, dgn panasnya kt situ...trus rasa lapo tahap cipan..
So kitorang pun g lar putrajaya, ala2 jalan2 cari makan gitu!
Sampai kt precint 16 (kalo x salah), ape lagi, serbu!!!
aku oder sate 20 cucuk, b oder roti john, abc & cendol.
hahah...berganda2 la kalori yg masuk dlm perut ni..
abis mkn, rasa sebu ya amat..huhu..
then mlmnyer pulak..aku temankan my b ke ampang sports planet for futsal reunion.
mase balik tu, kitorang g lepak kt tmn melati mkn burger..
(kpd sape2 yg ske mkn burger, aku rekomen kan tmpt ni..mmg terbaekkk dari ladang!)
ahaks, aku amik PRIME burger yg mana daging nya double gitu...adoiyai..mmg x smpt la aku burn kalori yg kt putrajaya tu..ditambah pulak kalori dari tmn melati..camno nk kuruih camni wahai hanimichi???

kesimpulannya:
diet yer, hmm..diet la sgt kan...kalo camni gayanya, bwk2 la exercise plak ye, hanimichi!

Monday, March 22, 2010

Fuh..panas......


Hmm..musim2 panas camni, rasa mcm nk spend hujung minggu kt Berjaya Hills..
Teringat mase 1st time dating kt sini..hehhehehehe........

Tuesday, March 9, 2010

My 'E' Day..March 07, 2010.

Alhamdulillah, tanggal 7 Mac, 2010, aku selamat ditunangkan dengan buah hati tersayang..syukur sgt2 kerana doa2 aku diperkenankanNya. Walaupun persediaan hanya ala kadar disebabkan very short notice, majlis ttp berjalan lancar, simple yet meaningful.

Jutaan terima kasih utk wati, wani, kak maizun, mami, cik aziah, cik e, kak niza, cik man, haziq, fatin, ona, umi, zairol, anwar, maksu & paksu, mak 'njang & pak 'njang, kak ula & family, nina & fahmi kerana bersusah payah utk majlis pertunangan ni.
Jutaan terima kasih juga buat tunang tersayang & keluarga kerana sudi menerima diri ini seadanya..

Moga Allah permudahkan segalanya hingga ke jinjang pelamin, insyaAllah.


I love u so much!



Maaf sgt2 to all my friends sbb x inform korang..seriously, aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..

Tuesday, February 23, 2010

Monday, February 22, 2010

HAHA! Just for sharing..

(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' . That will bring on a 'whatever').

(8) Whatever: Is a woman's way of saying F-- YOU!

(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.

Friday, February 19, 2010

update update!

Heheh...
Finally! Hanimichi has successfully updated her blog..phew!
CNY lps budak tu balik kg.....best best best! Dpt makan besau ngan family terchenta..
At the same time, budak tu smpt la join besday celebration Nina ngan Hakim..



Ni lah Husnina Amira....she just celebrated her 1st birthday on Feb 13th..
Pic Hakim x smpt nk amik....his birthday was on Feb 14th..dh besau rupanya anak teruna Noor Azri Jamaludin ni yg sgt pemalu ni..dh 13 thn pun..
bestnye bila dpt bersama ngan anak2 buah yg sedang membesar..teringin lak nak anak sendiri..
bile la agaknya yer...hehehe...



Ni lak wajah terlatest 'budak' yg baru je melangkah ke usia 31 dgn gigi rabbitnya.....
hehe..budak tu berharap sgt agar dia dpt peng'upgrade'an dlm tahun ni..amin!
apapun..budak tu ttp maintain cute..kan kan kan..wahhahaha!

Saturday, January 30, 2010

Happy Birthday, My Love!



To My Dearest B..
Happy Birthday!
The older, the wiser =D
Syg doakan segala yg terbaik utk b..
Moga dipanjangkan umur, diberkati segala rezeki, dipermudahkan segala urusan..dan dikurniakan Allah segala yg terbaik utk b....amin.
I love u forever n ever..until when when... =]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, January 27, 2010

abah, owg windu abah...

Abah..
owg sedih sgt skang ni..
owg rasa terpinggir sgt2..
owg sowang2 ja kt sini..
owg cuba jadi seseorang kt sini..tp susah bah..
susahnya nk jadi Asma Hani yg sempurna..
dulu abah selalu guide owg, tp skang abah dh xdak..
nak kongsi ngan mami...tp owg xmo nnt mami susah hati..
owg sedih sgt2..owg xtau nk kongsi ngan sapa..
i am so alone now!

Friday, January 15, 2010

Saya sayang mak saya.

Bila menjengah ke arkib emel2 yg dihantar tahun lepas, aku terbaca sesuatu yg menyentuh hati..
Secara automatik aku rasa nak balik kampung immediately..
Walhal baru je minggu lps balik kg...
Huwaa...nk balik kampung.......windu sgt2 kt mami..

===================================================

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Thursday, January 14, 2010

Kerja..kerja..kerja.. =D

Let's share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Renung-renungkan.. dan.. selamat beramaalllll…

Friday, January 8, 2010

Don't give up!

And everywhere we go..
the sun won't always shine..
but tomorrow will find a way...
all the other time....

~~~

So be strong, ladies! Jia you!

Friday, January 1, 2010

Happy New Year To All Readers!



Goodbye 2009, welcome 2010..
May each day of the coming year be vibrant and new bringing along many reasons for celebrations. Happy New Year 2010!