Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Wednesday, July 29, 2009

Renungan: Simple jer..tp mendalam...

Renung2kanlah.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat... dan manakah pilihan kita???

  1. Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
  2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.
  3. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.
  4. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
  5. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  6. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
  7. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Wallahua'lam.

Monday, July 27, 2009

perihal soklan yg buat owg sakit ati tahap mentibang..

ramai yg asik bertanya..

1. ko bila nk kawin??
2. kamu ni nak membujang sampai bila.....
3. bila hg nk settle down?
4. bila nk jamu nasik minyak kenduri hg?

berikut adalah soklan2 yg plg maleh owg nk jawab..
kalo dh ska sgt tanya soklan yg diluar jangkauan manusia utk jawab, baik tanya soklan yg seperti berikut..

1. ko bile nak mati?
2. kamu ni nak idup sampai bila?
3. bila hg nk rest in peace?
4. bila nak jamu nasi kenduri arwah hg?

sebenarnya 4 soklan yg pertama dan 4 soklan yg kedua adalah lebih kurang sama...cumanya yg pertama tu sedap sket nk tanya..yg kedua lak agak siot untuk ditanya..

sebab2 aku tulis camni adalah kerana..
jawapan utk soklan2 tu suma sama..
semuanya ketentuan Allah..
aku x tau bila aku akan kawin..sama gak dgn aku x tau bila aku akan mati..
so lu pikirlah sendiri..

Back to routine..

I'm back..
Alhamdulillah, aku selamat sampai ke SS3 around 4am walaupun tersekat dlm jammed yg sgt menyampahkan diriku dari area sg perak sampai la ke area tol jelapang..

25 julai - 26 julai
hmm..bestnye dpt jumpa family terchenta..
tapi rindu lak dgn buah hati terchenta..muehehhe..
syukur kehadrat Ilahi sbb mommy dan yg lelain sihat walafiat, abg aku dh selamat pindah ke rumah baru, tp anak dier lak mcm x serasi dgn bilik diorang..ye la..blom biasa lagik..
mase aku balik awal pagi sabtu tu, angah (anak ke2 abg aku) tido ngan maktok dier kt umah sbb dier xnak tido sowang kt bilik umah baru.

sepanjang 2 hari aku kt kg, aku habiskan masa dgn anak2 buah yg semakin membesar, mcm2 perangai..fahmi (muhammad hakim fahmi - anak bongsu abg aku) dari dulu lagi asik jeles ngan nina ( nur husnina amirah - anak adik aku..br 5 bulan umonye) hmm...jenuh la kitorang larikan nina dari jangkauan fahmi yg suka mkn owg..ahaks...rindunya aku dgn diorang..


looking forward to balik kg again..hahaha..

Thursday, July 23, 2009

kebosanan dan kesusilaan

erm..bosan!
oleh kerana bosan mcm nk mati, hanimichi dan jari2nya tlh men'tour' de youtube utk cari clips yg lawak..
haha...antara clips yg aku layan tadi:
  1. lembu ko (MBB)
  2. babak sedih dr the legend of condor hero (MBB) - clip ni aku tgk dh brapa taun dh..tp x jemu2..wahhaha
  3. gelimat (MBB)
  4. ten ten ten ten...
  5. segmen anak2ku (mcm2 aznil)
  6. pongkeng (MBB)
ada byk lg sebenonye..tp maleh nk tulih..mata dh semakin kecik..ape lagi..TIDO LE!
nite sumer =)

Monday, July 20, 2009

ape yg aku rasa..

aku rasa..
1. lapar
2. boring
3. rindu
4. dan rindu
5. dan rindu lagi..

cam poyo je kan..tp x kesah ar korang nk ckp aper..
janji aku bahagia..muahahha!

Wednesday, July 15, 2009

wei shen me....




kecik ati nyamuk aku..

Monday, July 13, 2009

tips untuk bloggers..

salam sumer..
haha..aku ngular kt meeting room..kt opis x brapa nk bleh surf tenet..byk kepochi!

erm, dh setaun lebih aku berblogging, br smlm aku dpt tips2 berguna dlm dunia blogging neh..
ye lar, ade je info dlm web, tp maleh nk baca..hehe.

1st - make sure selalu update blog anda, time yg plg bagus, monday morning sbb time ni lah ramai pelawat..
2nd - always go to other ppl's blog and post your comment..diorang akan singgah kat blog kiter lak pastu..
3rd - tulis bende2 yg interesting, bak kata omputih, less is more, sometime, letak pic pun dh ok..pastu ajak readers utk share apa yg diorang fikir pasal pic tu..

thanks to ina for sharing this info with me..

Friday, July 3, 2009

risau + kompius..

dh nk masuk 2 minggu aku asik demam secara intermittent..
menjelang kol 9pm je dh mula rasa sakit2 badan..pastu demam sampai ke pagi..
then dlm kol 10am camtu aku akan berpeluh dan ok semula..
bile g clinic, doc ckp demam virus biasa je..
tp risau gak bila benda ni berlarutan lelama..
selesema dh semakin kurang tp batuk still ada..
hmm..nape yer..aku byk dosa gamaknye..

Perihal Jodoh..

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah,nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Teman sejiwa..

Pada suatu masa, seorang guru dan pelajarnya sedang berehat di bawah sepohon pokok yang rendang berdekatan dengan padang rumputyang luas menghijau. tiba-tiba pelajar itu bertanya kepada gurunya....

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita hendak mencari teman sejiwa kita?

Guru : (Diam seketika,kemudian dia menjawab) Soalan yang susah dan juga senang

Pelajar : (Berfikir)????!!!!

Guru : Cuba kam u lihat ke sana.Terdapat banyak rumput yang menghijau di sana. Apa kata kamu berjalan ke sana tapi jangan sesekali kamu berpatah balik. Teruskan berjalan hingga ke penghujung padang. Dalam perjalanan kamu, carilah rumput yang paling hijau dan cantik,kemudian bawakan kepada saya. Tapi kamu perlu ambil satu sahaja..

Pelajar : Baiklah...(Terus berjalan ke padang tersebut) (Beberapa minit kemudian...)

Pelajar : Saya dah balik

Guru : Saya tak nampak pun rumput yang hijau dan cantik di tangan kamu

Pelajar : Dalam perjalanan saya tadi, saya ada menemui beberapa rumput yang hijau dan cantik. Tapi saya ingin mencari rumput yang lebih baik. Jadi saya tidak mengambilnya. Saya terus berjalan dan tidak sedar yang saya masih belum mengambil mana-mana rumput walaupun dah tiba di penghujung padang. Oleh sebab cikgu dah berpesan agar tidak berpatah balik, jadi saya teruskan berjalan tanpa sempat untuk mengambil mana-mana rumput.

Guru : Itulah yang berlaku dalam kehidupan sebenar......

Mesej yang cuba disampaikan melalui cerita ini:

Rumput: Orang di sekeliling kamu
Rumput yang hijau dan cantik: Orang yang menarik perhatian kamu
Padang rumput: Masa yang berlalu

Dalam mencari teman sejiwa, jangan terlalu membandingkan pasangan kamu dengan orang lain. Jangan berharap yang anda akan menemui seseorang yang lebih baik darinya. Kamu hanya menghabiskan separuh dari masa kehidupanmu. Ingat!!! Masa takkan kembali......

Moral: Dalam mencari teman sejiwa mu, jangan lepaskan seseorang yang benar menyayangi dan menghargai dirimu...(THERE CAN BE ONLY ONE) sekali kamu melepaskannya..sukar untuk kamu cari seorang yang sepertinya!!!