Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Tuesday, October 27, 2009

Anger Management..


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

  • Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  • Ingat Allah, beristighfar dan berzikir
  • Minum air.
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

sumber : berita harian

------------------------------------------------------------------------------


Renungilah mutiara kata ini:

"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan."

2 comments:

smashlee said...

kalo marah dlm ati xpe kn? not that i'm doing anything physically (apart from memberi tempias to my Dear) huhuhu~

hanimichi said...

erm, xpe kot..
kita just manusia biasa, perasaan marah tu mmg x dpt elak, cuma jgn lepaskan marah kpd org lain..sian org tu.. =)