Mutiara Kata..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Monday, August 18, 2008

Monday, 08/18/2008 - Takzirah isnin..

Hikmah Berdiam Diri
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )

Sunday, August 17, 2008

Sunday, 08/17/2008

Dear diary..
assalamualaikum readers sekalian..
hari ni hari minggu, x byk aktiviti yg aku buat ari ni melainkan attend kenduri kawin..hehe.
kol 1 td aku g kenduri kt umah wati, bukan kenduwi dier tp abang dier..aku malas nk pakai baju yg colorful so aku just pakai baju kurung hitam ngan tudung coklat..mekap pun x..simple giler..
bila sampai je, alamak, nk parking kt ne nih, penuh ar..xkan nk parking dpn umah owg, hmm..pusing 2 kali br dpt parking..pastu aku trus masuk umah cari wati dulu..mase tu pengantin dh sampai, dh abis mkn pun..
pengantin mmg sepadan, mcm pinang dibelah dua, berpakaian songket warna merah tua, dan sumer anggota keluarga diorang sedondon kaler merah..hehe..
oleh sbb aku dtg sowang, and diorang buat mkn hidang, so aku kene ar cari owg bg cukup korum..mula2 tu ada member wati 2 org, then lpas tu mase cari meja, jumpa lak geng bowling aku, champ ngan member dier..so member wati join diorang mkn, then aku leh? huhu..xde partner gak.. ape lagi, aku swh wati mkn skali ngan aku..makan mmg best, ade ayam masak merah, jelatah, pesamah daging, gulai daging, air sirap & buah oren. x smpt nk amik pic hidangan sbb lapo sgt, sampai2 je trus makan..hehe. lpas mkn and borak2, aku masuk dlm umah tgk pelamin & bilik tido, wati ckp diorang wat simple je pelamin tu, just utk amik gambar, diorang xnak sanding..erm, ok gak ar..bg aku, less is more, right?
bilik tido lak kaler kuning...mmg simple ar kali ni, masa wani kawin dulu mmg meriah giler tp kali ni mmg cukup sederhana, oh ya, lupe nk gtau, wani tu kakak kembar wati, member skolah aku gak..
lpas sessi bergambar, aku lepak jap sembang2 ngan wati, tanya pasal cite terkini..hehe..borak sampai kol 3 lbh then aku pun mintak diri utk balik..
secara keseluruhan, aku puas ati ngan suasana kenduri umah wati, 1st sbb buat mkn hidang, aku mmg ske mkn mcm ni daripada buffet, 2nd, layanan sume ahli keluarga mmg tip top, maybe sbb aku mmg kenal benar ngan family ni, and lastly, lauk sume sedap..ahhahaha..
oklah, nk layan zombi kampung pisang jap, ske beno aku nengok cite ni walaupun dh berpuluh2 kali kuar kt astro..
okes, peace on earth..
wassalam.

Saturday, August 16, 2008

Saturday, 08/16/2008 - ( " ,)

Dear diary..
td lps masuk waktu maghrib, bermulalah hari Nisfu Sya'aban (15 Sya'aban), esok igt nk puasa tp byk lak jemputan kenduri..huhu..kenduri umah best fren lak tu, serba salah aku..

ok, nk crite perjalanan hidup aku hari ni..
pagi ni aku bgn cam biasa..kemas bilik, cari stokin yg hilang, kemas itu, kemas ini & sembang ngan b jap, ari ni x masak sbb ade kenduwi, so mlm br masak, itu pun kalo lapar lagi..sebenonye aku pun x brape kenal pengantin baru yg merangkap 2 pupu aku ni, umah pun x penah g, dan masalahnye lagi, diorang jmpt melalui phone je, kad pun xde, so susah sket ar nk cari umah..yg aku tau kenduri tu kt tmn ria..hmm..agak familiar tmn tuh. niat di hati nk g awal sane awal sket, tp memandangkan hujan agak lebat and nk tunggu abg aku balik keje dulu, so relax jap kt umah. dlm kol 2 abg aku call, dier still kt penang & akan lambat sbb jln jammed giler..hadoi..susahnye camni, then aku call uncle aku tanyakan direction, tp mcm susah je jln dier..huhu..then mak aku ckp, xpelah..jom try g cari dulu..kalo x jumpa kita balik, so kitorang pun bertolak dlm kol 3.30pm. kakak aku yg drive sbb dier x ske cara aku drive, huhu...masalahnye lak, kakak aku ni jenis yg x igt jln..nk g sg petani pun x confident, so aku ar jadi co-pilot kt sblh. cari punya cari..jumpa satu tmn ria..hmm..uncle aku ckp, mula2 akn jumpa masjid dulu, pastu jumpa sekolah menengah tmn ria jaya..
hmm..masjid dh jumpa..tp btol ke masjid ni...tmn yg aku jumpe tu tmn ria indah, bukan taman ria jaya..hadoi..pening dh. then drive dpn sket jumpe kedai2, so aku g tanya uncle tuh, hehe..dier kate, why u nak pegi skolah tu, ari ni sabtu, cuti..hahahhaa...aku bkn nk g skolah tu, aku nk g umah kenduri yg kt depan skolah tu..haha..lawak ar tauke tuh..aku pun explain ar kt dier..then dier ckp, u pegi depan lagi..sana ada traffic light, u turn left..lpas tu u jln terus saja....then u tanya org kt situ, cos i pun x sure sekolah tu kt mana..hahaha..adoi..sabo je la. okes, thanks uncle..kire menolong gak ar walaupun lawak..hahaha.
kitorang pun truskan perjalanan..lapo bagai nk gile dh, umah x jumpe lagik..uwaa..
drive punya drive..jumpa kelab cinta sayang...pastu trus lagi jumpa The Carnival..lor...camne nih, aku call uncle aku lagik, pastu dier ckp..looor...sape swh g sampai ujung sana..hehe..sblm sampai kelab cinta sayang tu ade simpang ke kanan..papan iklan besar gambar sultan kedah..kene masuk simpang tu..br akan jumpa masjid baru, then masuk kiri, pastu kt sblh kanan akan nmpk sekolah tu..umah pengantin btol2 dpn skolah...
hahaha...dh terlajak..so wat u-turn..kol 5 baru jumpe nasi kenduri..hahahah..
lpas mkn, sembang2..then kol 5.45 ptg aku bg signal ajak mak balik..bkn ape, takut terlewat lak nnt..x smpt nk sembang lelama ngan sedara2..huhu..xpe, raya nnt bleh lagi, insyaAllah.
tepat jam 6.35ptg, kami sefamily selamat sampai ke tmn selasih..
penat..tp best, sbb makan sedap..hehe.
lpas solat maghrib, baca yasin, then sambung solat isyak..pastu layan astro jap..
skang ni tgh tgk mcm-mcm aznil..geli buah pinggang aku gelak..wahhahahha...lawak tahap mentibang tuu..
oklah, sampai sini dulu, esok aku tulis lagi eh..
daa...
wassalam.

Friday, August 15, 2008

Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum w.b.t...
Untuk makluman semua...Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008 (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H). Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
sahaja masuk maghrib)

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat. Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban adalah sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu berkata: "Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan pintu langit."
Di dalam kitab Iq'na juga telah dinyatakan bahawa Jibrail bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibrail kepada Rasullullah S.A.W. kali keduanya, dan berkata: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu. Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.
Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.
1. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.
2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis kerana takutkan Allah pada malam ini.
6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.
8. Dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya?
Aku bertanya pada Jibrail, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) ? Maka jawab Jibrail: Sehingga naik fajar subuh.
Dan katanya lagi, pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab. (Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya."
Sabdanya lagi: "Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya."
Allah S.W.T pula telah berfirman: "Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya. Demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh."
Tersebut dalam kitab Al-Baroka bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa pada hari Nisfu Syaaban.

Doa Malam Nisfu Syaaban.
ERTINYA: Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia.
Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya: "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, sabtu malam)
i) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
a) Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
b) Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik... . Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x , Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

Friday, 08/15/2008 - arghhhh!

Dear diary..
this morning i pissed off with someone..he oledi made my blood go upstairs...
i never seen such an irresposible person + rude + selfish person like him..
he did a mistake but he put the blame on me, and when everything was revealed, he refused to admit it..and pretended like nothing happened..
haiszz...i dun wanna help him anymore.....ever!
Arghhhh!!!

Thursday, August 14, 2008

Thursday, 08/14/2008 - Wahhh..

Haha..got this from a fren..
quite true oso hor...

















Wednesday, August 13, 2008

Good info..


Are you drinking the right tea?
1. People who use their 'brain' to work or students who study hard day and night.
--- Should drink more Chrysanthemum Tea.
2. People who need a lot of body energy to work or those people who exercise a lot everyday.
--- Should drink Wu Loong Tea.
3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.
--- Should drink Green Tea.
4. For people who like to sit down all day long and not do anything, even exercising
--- Must drink Green Tea and Flower Tea.
5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.
--- Should drink more Green Tea.
6. Carnnivore ( i.e. people who must eat meat at least once a day, or feel sickly)
--- Try to drink some Wu Loong Tea.
7. People who go to the washroom too often or not often enough.
--- Should drink more Honey Tea
8. People with high cholesterol and high blood pressure.
--- Wu Loong Tea, Green Tea.
9. Those who work with computers everyday.
--- Need to drink a Lot of Tea (any tea will do).
Whenever you are working with the computer, you should make some tea, drink it when you are free. Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer). Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our body feel fresh again.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SOYA BEAN All of us know that soyabean drink provides good protein to our body... but many of us don't know that there are certain days we should avoid drinking it. Soya bean drinks are best consumed on hot sunny days when the sun is strong. The soya milk will give lots of nutrients to the body as the body is able to absorb the protein well. However, avoid the drink when the weather is cloudy or raining. Taking the dr ink in these weather, the body will not be able to take in the protein and will result in a disease called 'GOUT' or 'high acidic urine' due to the high protein residue in the body, after a long run. This disease will cause pain to your knee joints and it will only be in control when you control your food intake of proteins and medication. The pain is unbearable and usually you will have no idea what you have taken to cause the pain. Food like soya beans, ikan bilis, broccoli, spinach, peanuts, &n bsp;animal organs ( i.e. pork liver) etc will have to be avoided to prevent the pain from attacking. So my friend, pass this to your family, relatives and friends to keep an alert on the pros and cons of soya bean milk and when it is to be taken and to be avoided.